Kini Trending

Hantar-hantar Barang Pun Boleh Menang Giveaway, Seriuslah? Ada TV Dan Smartphone Lagi Tu!

57
SHARES

Semenjak dunia dilanda wabak pandemik, semua orang pun bergantung dengan perkhidmatan kurier untuk menghantar barang. Kalau boleh, nak hantar barang ke rumah jiran pun nak ada kurier hantarkan. Risau nak bergaul dengan orang ramai.

Salah satu perkhidmatan kurier yang sangat dipercayai mestilah Lalamove! Nak tahu apa yang Lalamove boleh buat untuk anda? Jom kami kongsikan!

Dengarnya Lalamove juga menawarkan hadiah menarik kepada pelanggan mereka. Jom tengok!

Cepat Dan Selamat

 

Perkhidmatan kurier yang laju dan dipercayai ini menawarkan perkidmatan penghantaran secara terus atau on-demand!

Jadi kalau anda nak hantar barang dengan segera, tak perlu nak pening-pening lagi kerana anda boleh terus book perkhidmatan mereka secara terus di dalam aplikasi Lalamove.

Selain itu, anda juga boleh track keberadaan barang yang anda kirim dengan real time tracking. Tak perlu risau barang hilang dah!

Kecil atau Besar Semuanya Boleh Hantar!

Apa yang bagusnya, Lalamove menggunakan pelbagai jenis kenderaan untuk menghantar barang pengguna-pengguna mereka. Dari motorsikal, kereta, kenderaan 4×4, van, sampailah ke lori, semua pun ada.

Jadi anda tak perlu susah-susah fikir macam mana nak hantar barang anda. Kecil ke besar ke, Lalamove hantar je.

Paling penting, Lalamove juga menawarkan perkhidmatan penghantaran jarak jauh. Jadi bagi anda yang berada di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Melaka, anda boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia!

Tak perlu nak pening-pening kalau anda nak hantar hadiah kepada kawan-kawan atau saudara yang duduk di negeri-negeri lain.

Jangan risau, Lalamove tidak mengenakan caj-caj tersembunyi tau!

Paling Best, Raya ni Lalamove menawarkan giveaway menarik kepada pengguna!

Bagi menghargai pengguna-pengguna mereka, Lalamove telah mengadakan giveaway dengan menawarkan hadiah-hadiah yang gempak di musim perayaan ini!

Kalau anda nak tahu, anda boleh memenangi hadiah menarik seperti television PRISM TV, telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip 3, Samsung Galaxy Buds 2 dan juga kupon Lalamove!

Eh best betul hadiah-hadiah tu!

Macam mana nak join giveaway ni? Jom admin ajar!

Langkah Pertama:
Buka aplikasi Lalamove di telefon pintar anda. Bagi yang masih belum mempunyai aplikasi Lalamove, anda boleh muat turun melalui App Store atau Google Play Store.

Langkah Kedua:
Lengkapkan misi untuk mendapatkan 1 tiket. Misi tersebut pun mudah je, hanya perlu membuat pesanan penghantaran minimum atau menambah nilai dompet Lalamove.

Langkah Ketiga:
Klik ‘Buka Sekarang’ untuk tengok ganjaran apa yang anda dapat!

Langkah Keempat:
Tebus Kupon/Ganjaran! Kalau anda memenangi kupon Lalamove, klik “Tebus Sekarang” untuk menyimpan kupon tersebut dalam dompet Lalamove dan kalau anda menang hadiah utama, pihak Lalamove akan hubungi anda untuk mendapatkan maklumat pemberian hadiah.

CARA-CARA NAK MENANG

Ada 3 cara yang anda boleh buat untuk dapatkan tiket bagi memenangi giveaway Lalamove ni. Senang je!

    1. Dapat 1 tiket apabila anda membuat 2 penghantaran (Dengan kelayakan sehingga 20 tiket sahaja)
    2. Tambah nilai kredit di aplikasi Lalamove dan dapatkan 1 tiket (Dengan kelayakan sehingga 3 tiket sahaja)
    3. Tambah nilai bagi pengguna pertama kali (Dengan kelayakan sehingga 1 tiket sahaja)

*tertakluk terma dan syarat

Tempoh kempen: 18 April sehingga 8 Mei 2022

Ha senang je kan? Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Lalamove atau muat turun aplikasi Lalamove sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×