Rakyat

7 Langkah Check Penyata Kewangan Tabung Haji, Tak Perlu Beratur Di Kaunter!

2
SHARES

Aplikasi THiJARI merupakan perkhidmatan digital Tabung Haji yang mula beroperasi pada 2020 dan menerusi THiJARI, pengguna boleh membuat semakan status akaun, perkhidmatan haji serta penyata kewangan secara atas talian.

Berikut merupakan 7 langkah check penyata kewangan tabung haji menggunakan aplikasi THiJARI dan anda tidak perlu beratur di kaunter dan ianya juga lebih mudah jika risau duit ‘lesap’ dek kerana scammer.

Baca juga: Cara ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Maybank2U Jika Risau Duit Lesap Kerana Scammer

7 LANGKAH CHECK PENYATA KEWANGAN TABUNG HAJI, TAK PERLU BERATUR DI KAUNTER

Semenjak kes duit hilang di bank, ramai risau hilang duit simpanan di Tabung Haji. Malah ada yang minta adakan semula buku simpanan Tabung haji. 

Sebenarnya kita boleh periksa sendiri maklumat wang keluar masuk dan cetak penyata kewangan simpanan Tabung Haji kita melalui THiJARI. Caranya mudah sahaja.

Cara-caranya: 

1. Install aplikasi THiJARI. Log in dan masukkan password.

2. Laman utama ada ‘Selamat datang’.

3. Tekan menu di sebelah kiri atas.

4. Tekan ‘Ringkasan Akaun’.

5. Tekan nama yang mahu dicetak penyata.

6. Kemudian ada pilihan ‘Sejarah Transaksi’ di sebelah kiri, dan ‘Penyata Akaun’ di sebelah kanan.

6. Tekan ‘Penyata Akaun”.

7. Pilih nak muat turun PDF dan cetak mengikut bulan.

Selesai! Benda mudah boleh cetak sendiri kenapa perlu pergi Tabung Haji? Pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor Akaun TH.

Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan Musim Haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas. Rayuan Musim Haji Tahun 2023M belum dibuka.

Sekian, semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Azila Mohd Kasim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×