Famili

Guna Aplikasi Boost Untuk Beli Barang Dapur Di MYDIN, Dapat Pulangan Tunai Berbaloi!

29
SHARES

Setiap minggu pasti ramai yang berpusu-pusu ke pasar raya untuk beli barang keperluan rumah terutamanya barang dapur. Sediakan senarai barang yang mahu dibeli supaya mudah anda mencarinya nanti.

Pasar raya yang sentiasa jadi pilihan rakyat Malaysia? Semestinya MYDIN. Tawaran harga barang yang mesra poket buatkan ramai seronok berbelanja di situ. Pada tahun ini, MYDIN sambut ulang tahun ke-65!

MYDIN tawar promosi istimewa bersama Boost sempena ulang tahun ke-65

Apa yang menarik pada bulan Ogos di MYDIN pada tahun ini? Semestinya promosi besar-besaran sempena ulang tahun ke-65. Dengan #BersamaKeluargaMalaysia, ramai pelanggan setia di MYDIN tidak sabar meraikannya.

Tahukah anda? Jika anda mahu berbelanja di MYDIN, anda sudah tidak perlu membawa wang tunai sekarang. Anda boleh gunakan aplikasi Boost untuk buat pembayaran tanpa tunai di MYDIN. Lebih selesa, mudah dan pantas!

Istimewa sempena ulang tahun ke-65 tahun ini, MYDIN mahu tawarkan promosi istimewa bersama Boost!

Dapat pulangan tunai dalam aplikasi Boost di MYDIN!

Sebelum pergi membeli-belah barang dapur di MYDIN, jangan lupa muat turun aplikasi Boost siap-siap di telefon pintar anda. Mahu tahu kenapa?

Bermula 18 Ogos sehingga 20 November 2022, anda boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 10% jika anda membeli barang daripada jenama terpilih dan bayar menggunakan Boost. Syoknya!

Banyak jenama terkemuka yang ditawarkan

Sudah pasti anda tertanya-tanya, jenama apa yang ditawarkan untuk promosi di MYDIN bersama Boost? Kami jamin anda akan puas hati sebab banyak jenama terpilih dan semuanya terkemuka!

Antara jenama terpilih tersebut ialah Downy, Safi, Pantene, Milo, KitKat, Adabi, Marigold dan sebagainya. Anda boleh lihat sendiri pada gambar di atas. Banyak pilihan bukan?

Bukan setakat pulangan tunai, ada peraduan menarik yang anda boleh sertai juga!

Sertai peraduan ulang tahun ke-65, kena guna Boost di MYDIN!

Sempena ulang tahun ke-65, MYDIN mengadakan peraduan menarik bersama Boost. Anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM60,000. Sangat berbaloi untuk menyertainya!

Bagaimana cara untuk memenangi peraduan ini? Anda hanya perlu berbelanja dengan minimum RM100 di MYDIN dan buat pembayaran menggunakan Boost. Serius mudah!

Buat pengetahuan anda, peraduan ini sah bermula 18 Ogos hingga 20 November 2022. Masih ada waktu untuk menyertainya. Jangan sampai terlepas!

Jom sokong produk tempatan, beli barangan buatan Malaysia di MYDIN

Istimewa kerjasama dengan KPDNHEP dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2022, beberapa cawangan MYDIN terpilih seluruh negara akan buka booth yang memasarkan produk-produk daripada Perusahaan Kecil & Sederhana.

Jangan lupa untuk sentiasa menyokong produk tempatan dengan membeli barangan buatan Malaysia. Jom kita bantu peniaga-peniaga kecil ini dengan #BersamaKeluargaMalaysia.

Menarik bukan? Sebenarnya banyak lagi promosi yang ada di MYDIN sempena ulang tahun ke-65. Anda boleh klik SINI untuk ketahuinya.

Sekian, selamat berbelanja di MYDIN bersama Boost!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×