0-6 Bulan

Guna Air Sirap Untuk Turunkan Kuning Anak, Berkesan Atau Tak? Ini Petuanya

6.6K
reads

Demam kuning atau ‘jaundice’ adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi. Tidak kira pada bayi cukup bulan atau pramatang, jika ia berlaku, perkara paling penting ialah jangan panik. Pihak hospital akan memantau perkara ini dimana rawatan akan diberikan pada bayi dengan sebaiknya. Namun, selain dari rawatan di hospital, terdapat juga petua lain yang dikatakan dapat membantu untuk menurunkan kuning bayi. Macam mana tu?

PETUA KUNING ANAK TURUN

http://www.health.com/

Bismillah, since asha up status pasal anak solehah yang kuningnya turun setiap kali check up dan tak perlu lagi ulang alik ke klinik untuk check kuning, ramai nak asha share petua turunkan kuning anak dengan cepat. InsyaAllah apa yang baik asha share supaya sama sama dapat manfaat. Tapi janganlah 100% percaya petua ni mampu turunkan kuning bayi anda. Kuning baby ada banyak faktor. Jadi kita try and error semua petua yang baik-baik, yang boleh diikut. Semuanya dengan izin Allah Taala.

Okay, petua ni asha dapat dari bidan yang urut asha. Dia pun dapat petua ni dari customer dia. Sambil urut bidan ni cerita kat asha, sebab masa tu kebetulan nurse datang rumah cek ibu dan baby. Nurse kata marissa ada kuning sikit, so kena datang klinik ambil darah nak tengok bacaan kuningnya berapa tinggi. Bidan ni pun bagitahu lah.

” MANDIKAN DENGAN AIR SIRAP “

www.johnsonsbaby.co.id

Okay, honestly. Asha dengar pun nak tergelak tau. First time dengar petua nak hilangkan kuning anak mandikan dengan air sirap. Boleh percaya ke? Okay sambung cerita bidan tu, katanya.. orang yang dia duk urut tu kata, kuning anaknya tinggi, 270. Lepastu dia mandikan dengan air sirap, next check up kuning anaknya turun sampai 170. SubhanAllah bnyak kan? Asha dengar pun mcm uishh. Boleh percaya ke ni? Okay lah kalau tak try tak tahu keberkesanannya kan? Start dari hari 1st marissa cek kuning smpai lah dia punya kuning turun asha hari-hari mandikan dia dengan air sirap. Dengan izin Allah.

http://raihannavanilla.blogspot.my/

Bacaan kuning marissa

1st check up 187
2nd check up 161
3rd check up 105

Alhamdulillah, cukup 3 kali cek kuning, Terus dicharged tak payah dah cek kuning. Korang kalau nak beli sirap jangan beli yang readymade tu. Yang tu ada gula. Kang habis semut kerumun baby. Korang beli pati sirap ros. Macam dalam gambar yang asha share ni. Beli yang tu ada jual dekat kedai runcit atau pasaraya.

tmgonlinemedia.nl

Cara-caranya

Sediakan air mandi baby macam biasalah suam-suam camtu , campurkan 5-8 titik. Bagi nampak warna merah air tu. Ala macam yang kita duk bancuh sirap untuk minum tu. Haa buat sampai jadi warna tu. Jangan banyak atau pekat. Nanti sian baby jadi warna merah. Lepastu mandi kan baby mcm biasa. Tak perlu bilas dengan air bersih. Dah mandi, terus amik towel lap. Then pakai baju pampers.

http://saatakubersamanya.blogspot.my/

Mandikan 2 kali sehari setiap hari sampai dia punya kuning turun. InsyaAllah biidznillah. Sambil mandi tu selawatlah. Doa minta Allah sembuhkan. Ibu pun jaga makan jangan sebarang makan je. Kunyit halia herba jamu apa semua tangguh dulu makan. Lepas anak punya kuning dah okay haa pulun lah nk makan semua tu banyak mana pun makanlah.  Okay sekian sharing asha, maaf lah kalau penulisan berterabur. Tak reti nk susun ayat jadi proper. Kalau sesiapa yang dah try, kalau menjadi boleh lah share dengan kawan-kawan lain petua ni. Semoga berjaya, dan semoga baby ibu-ibu semua sembuh dari kuning amin.

www.gecce.com.tr

*Tak salah kalau mencuba tetapi apa yang penting adalah untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya!

Sumber: Shafinaz Nadzri

Yang Popular

To Top