Hebahan

Harga Baru Grab Yang Menawarkan Tambang Paling Murah

3
SHARES

Sebagai sebahagian daripada usaha Grab bagi mempertingkatkan pengalaman pengguna, aplikasi terulung di Asia Tenggara ini menawarkan tambang lebih murah bagi GrabCar iaitu daripada RM1.30 setiap km kepada RM1.10 setiap km di Lembah Klang untuk hujung minggu (setiap hari) dan hari bekerja di luar waktu puncak (setiap hari kecuali 6pagi – 10pagi & 5petang – 8malam) berkuatkuasa serta-merta.

NPL new fare

“Kami memandang serius tentang tambang dengan mengambil pendekatan jangka-masa panjang. Dengan struktur baru ini, Grab menawarkan perkhidmatan pengangkutan paling kompetitif untuk kereta peribadi di Lembah Klang dengan menawarkan tambang tetap dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk kesemua penumpang,” ujar Jaygan Fu, Ketua Negara bagi Grab Malaysia.

NPL new fare NPL new fare NPL new fare

Sebagai contoh, dari Bangsar ke KLCC kini hanya RM11 dengan tambang lebih murah kami berbanding perkhidmatan lain yang mungkin akan mengenakan caj RM12 dan RM17. Manakala daripada Bandar Utama ke Pavillion sekarang hanyalah RM17 di luar waktu puncak dan Zouk ke TTDI kini hanya RM18!

Fu turut menambah dengan pengurangan tambang ini akan memberi manfaat kepada pemandu separuh masa yang kebanyakannya terdiri daripada orang profesional yang memandu di dalam waktu puncak (sebelum/selepas waktu bekerja) dan pada hujung minggu bagi membantu mereka menambah pendapatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.grab.com/my/press/lowestfaresintown/

Bagi menikmati kadar tambang baru ini, sila muat turun Aplikasi Grab daripada Google Play dan Apple App Store untuk mendapatkan penjimatan.

 

Mengenai Grab

Grab merupakan platform terulung Asia Tenggara. Kami memnyelesaikan permasalahan dan cabaran pengangkutan untuk 620 juta orang di Asia Tenggara. Grab bermula sejak tahun 2012 dan kini menawarkan perkhidmatan di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.grab.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×