SEKKISEI memperkenalkan produk baharu yang menarik, dijangkakan akan mengubah persepsi anda terhadap penjagaan kulit. Menggabungkan tekstur inovatif dengan kepakaran dalam herba dari timur, SEKKISEI Herbal Gel kini adalah produk yang kian popular dalam dunia kecantikan – malah selebriti dan personaliti terkenal Malaysia turut menjadi peminat setia produk ini!
Digelar ‘gel ajaib’, SEKKISEI Herbal Gel adalah gel pelbagai fungsi yang menggabungkan 6 manfaat penjagaan kulit dalam satu bekas, menjadikannya teman yang sempurna untuk wanita dan lelaki yang sentiasa sibuk tetapi masih menghargai rawatan pantas untuk kulit.
2 Ramuan Istimewa Gel Herba SEKKISEI
Semua produk penjagaan kulit SEKKISEI, mengandungi Angelica, Melothria dan Mugwort, akan tetapi gel herba ini juga mengandungi dua bahan tambahan yang berkesan dalam pelembapan dan keserian kulit, iaitu:
Fermented Coix Seed: asalnya daripada tumbuhan Asia Timur, bijinya ditapai dan ekstraknya digunakan untuk meningkatkan pengeluaran seramida dalam kulit; ini membantu membaiki fungsi kulit dan memberikan kelembapan kulit.
Daun Loquat: pokok loquat adalah tumbuhan berasal dari Asia Timur, daunnya digunakan untuk perubatan. Sebagai bahan dalam SEKKISEI Herbal Gel, ia memperbaiki peredaran darah dan menghalang kulit menjadi kusam agar kulit tampil berseri.
Apakah manfaat SEKKISEI Herbal Gel?
# 1: Melembapkan kulit
Ekstrak tumbuhan Angelica bukan sahaja melembapkan kulit tetapi juga menyerikan kulit anda.
# 2: Menambahkan keserian
Ekstrak Coix Seed yang difermentasi (merupakan antioksidan yang hebat) dan ekstrak daun Loquat (menggalakkan pengaliran darah), memberikan anda kulit yang berseri dari dalam.
# 3: Kulit ternyata halus
Minyak berasaskan tumbuhan melembutkan kulit agar kulit kekal lembut dan menawan berjam-jam lamanya.
# 4: Anti-radang
Ekstrak Mugwort melegakan kulit dan memberikan kesan anti-radang apabila digunakan.
# 5: Menggebukan kulit
Diformulasi dengan kepekatan tinggi daripada bahan pelembapan yang berasaskan air, gel herba yang tidak melekit melembapkan kulit anda serta memberikan kulit sihat serta kelembutan yang tahan lama.
6: Ultra menyuburkan
Ekstrak Melothria adalah bahan semula jadi yang menyuburkan kulit anda dengan memberikan nutrisi yang penting kepada kulit.
Selain manfaat yang banyak, sensasi selepas menggunakan SEKKISEI Herbal Gel amat mengagumkan. Dengan inovasi tekstur gelnya, yang menggunakan teknologi kapsul pelembapan untuk menghantar bahan-bahan aktif ke dalam kulit.
Komen Selebriti Antarabangsa & Tanahair
Pelakon Jeffrey Cheng, yang telah pun menggunakan SEKKISEI berkata, “Sebagai seorang lelaki, saya mendapati beberapa langkah penjagaan kulit kadang-kala menyusahkan dan memakan masa. Tetapi produk ini membantu menjaga kulit saya supaya kelihatan hebat walaupun saya amat sibuk. Selain itu, produk ini benar-benar menghidratkan kulit saya dan membuat kulit berasa lebih licin”!
Pelakon dan penyanyi yang tidak kurang sibuknya adalah KeQing. Gaya hidupnya yang sibuk membuatkannya terlalu letih untuk menikmati rutin penjagaan kulit malam. “Kini saya boleh mendapat tidur yang cukup dengan hanya menggunakan satu produk sahaja pada muka saya. Tetapi bagi produk ini, saya lebih suka menggunakannya sebagai mask malam, kerana ia memberikan keserian kulit apabila saya bangun pada keesokan harinya” kata KeQing.
Naib juara Asia’s Next Top Model 2015, Monika Sta Maria yang gemar ke gimnasium dan kerap mengembara mendapati bahawa membawa botol-botol produk bersamanya agak membebankan. Model yang kini berpangkalan di Malaysia berkata: “Dengan SEKKISEI Herbal Gel yang inovatif, saya hanya perlu membawa satu produk sahaja setiap kali saya membuat perjalanan atau ke gym. Sebenarnya, fungsi anti-radangnya amat sesuai dengan kulit sensitif saya “.
Artis rap, penulis lagu, hos TV dan juga seorang ibu, Hunny Madu bersetuju dengan Monika. “Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya suka memanjakan diri dengan rutin penjagaan kulit lengkap setiap kali yang boleh. Tetapi ada harinya apabila saya benar-benar perlu meninggalkan rumah awal untuk pergi kerja selepas menguruskan anak perempuan saya yang berusia 3 tahun, Eva Medina. Inilah masanya saya mula mengguna SEKKISEI Herbal Gel. Kulit saya berasa begitu anjal dan lembut selepas sapuan, dan saya masih kelihatan berseri pada akhir hari! Ia benar-benar gel ajaib,” komennya.
KOSÉ SEKKISEI Herbal Gel dijual pada harga RM130, dan boleh didapati di semua kaunter KOSÉ. Untuk maklumat lanjut, ikuti KOSÉ Malaysia di Facebook atau layari laman web Kose Malaysia di www.kose.com.my.