Farm In The City
Ada yang disini pernah pergi Farm in the City? Atau ada yang disini tak pernah tahu kewujudan Farm in the City? Baru-baru ni saya bersama keluarga sempat pergi Farm in the City untuk merasa sendiri pengalaman berada di Petting Zoo.
Farm in the City yang terletak di Sri Kembangan Selangor, merupakan petting zoo yang berada antara Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Ia berbeza dengan Zoo yang biasa anda pergi kerana di sini kita boleh mendekati haiwan-haiwan ini secara dekat.
Untuk anda yang tidak ketahui lokasi, anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk memudahkan perjalanan dengan hanya menaip ‘Farm In The City’.
Apa yang menarik disini, tiga elemen digabungkan iaitu haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga alam semula hadi (Animals, Plants and Nature). Memang sangat sesuai bagi ibu bapa yang ingin meluangkan masa bersama anak-anak sambil merasai pengalaman di petting zoo, mendekati dan memberi makan kepada haiwan-haiwan di sini seperti kura-kura, arnab, burung dan lain-lain.
Bayaran masuk tidak terlalu mahal. Harga terbahagi kepada dua kategori iaitu pemegang myKad dan juga pelancong asing. Bagi yang datang bersama family, ada pakej-pakej yang disediakan dan ia lebih murah!
Sesi Bercinta dengan Haiwan
Pertama kali nak merasa memberi makanan kepada binatang disini amat mengujakan kami. Lebih lagi ada tour guide yang membantu dan memberi penerangan sepanjang kami berada di sana.
Sesedap rasa berjalan dibawah laluan berbumbung sampai tak sedar yang diatas itu ada seekor ular. Selepas di beritahu, memang menjerit masing-masing terus keluar! hehe Ini dibahagian ‘Reptile Carven’. Beberepa ekor ular berada di sekitar dan kebanyakkannya memang spesis besar-besar belaka!
Pengalaman yang tak dapat dilupakan bila melihat senyum tawa kanak-kanak memberi makan kepada binatang-binatang di sini. Ada yang datang dari rombongan sekolah dan ada yang datang bersama keluarga.
Harga Tiket (Entrace Ticket)
Pemegang MyKad
- Dewasa – RM30
- Kanak-kanak – RM25
- Warga tua – RM25
Pelancong asing
- Dewasa – RM48
- Kanak-kanak – RM38
- Warga tua – RM38
Family Package
- 2 dewasa, 2 kanak-kanak – RM109
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=V0jZqhARsyA][infobox title=’Tentang Farm In The City’]Facebook: facebook.com/FarmInTheCityMalaysia[/infobox]