DIY & Kraf

DIY Tempat Simpan Ubat-Ubatan Di Rumah, Nampak Kemas & Tak Susah Nak Cari!

9
SHARES

Ramai antara kita yang memandang remeh soal penyimpanan ubat-ubatan di rumah. Kadangkala bila sakit tercari-cari ubat mulalah tak jumpa. Dan untuk yang ada anak kecil penyimpanan ubat di tempat yang betul adalah sangat penting. Sementara tengah PKPB ni bolehlah ambil masa buat pengurusan ubat-ubatan di rumah ye. Berikut tips dan cara penyimpanan ubat secara terperinci yang boleh dirujuk atau dicuba.

TIPS PENGURUSAN UBAT-UBATAN DI RUMAH

Ramai keliru nak simpan ubat kat mana dan ramai yang simpan dalam peti ais sahaja. Jadi saya kongsi tutorial penyimpanan ubat ni dulu.

Simpan dalam bekas mengikut kategori

Saya bahagikan kepada 9 bekas :

– Oral care

– Eye care

– Ear

– Nose and throat

– Muscle pain

– Wound treatment

– Skin

– Syringe and dosage cup

– Indigestion

Selain tu ada tiga bekas lagi :

– Supplement

– Medical kit anak

– Prescription

1. KHASKAN SATU RUANG DALAM KABINET ATAU LACI KHAS UNTUK PENYIMPANAN UBAT

Khaskan satu ruangan dalam kabinet untuk simpan ubat

– Pastikan kedudukan tinggi dari capaian anak-anak. Tapi mudah diakses oleh orang dewasa (jangan simpan laci bawah katil)

– Pastikan ruang yang dipilih cukup tinggi. Tak mudah dicapai oleh anak-anak.

– Pastikan ruang yang dipilih jauh dari kawasan lembap (bilik air), tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Atau tidak terlalu dekat dengan dapur masak (ubat-ubat sensitif kepada tiga perkara ni: cahaya, haba dan kelembapan)

2. GUNA BEKAS LUTSINAR

Supaya nampak isi dalam dia tu dan asingkan ubat ikut kategori sakit. Nanti kalau sakit perut ke apa takdala susah cari ubat kat mana-mana kotak. Just bukak satu kotak je yang dah dilabelkan.

3. KELUARKAN UBAT DARI KOTAK YANG BESAR

Supaya mudah disimpan dan jimat ruang.

– Sebelum buang kotak ubat, pastikan maklumat penting ada juga tertulis pada ubat. Kalau dalam kotak ada brochure yang penting, boleh simpan dalam fail medical. Boleh rujuk bila-bila.

– Gunakan ruangan pintu sebaiknya untuk maksimum storage.

4. LABELKAN SETIAP BEKAS. WAJIB LABEL

Labelkan setiap bekas. Boleh guna mesin label maker, atau masking tape pun boleh juga

5. UNTUK UBAT BERBENTUK PIL BOLEH SIMPAN DALAM KOTAK UBATAN

– Ubat pil simpan dalam pill box. Jangan sesekali keluarkan dari packaging dia. Potong kecil-kecil papan ubat dan masukkan dalam pill box

– Untuk ubat yang sekali makan 2 biji (contoh panadol) boleh dipotong dua-dua

– Untuk ubat yang lambat habis (contoh ponstan, ubat tahan sakit, jarang makan), tulis tarikh expired kat setiap pill (selalu kat papan pill tu ada tulis expired date)

P/s: Hanya ubat tertertu sahaja boleh disimpan dalam peti ais. Contoh: ubat diarah bancuh sendiri i.e ubat antibiotik, insulin. Ubat berbentul sirap yang sudah sedia dibancuh jangan disimpan dalam peti ais ya. Contohnya ubat batuk atau ubat demam anak. Hanya menyebabkan ubat cepat rosak.

Kalau ada anak kecil, wajib ada medical kit utk anak yang boleh dibawa ke mana-mana.

Sumber: Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×