Deko & Hias

Kos RM70 Boleh Dapat Dinding Lawa Macam Hotel. Ini Cara DIY Wall Panel Yang Mudah & Jimat

2.2K
SHARES

Wah, tak sangka dengan bajet hanya lebih kurang RM70, dah boleh dapat dinding yang cantik ala-ala dekat hotel!

Bayangkan kalau kita beli wallpaper yang elok pun mungkin lebih mahal kan?

Rupanya cuma DIY sendiri buat wall panel yang mudah guna kayu yang murah ni. Coraknya boleh buat ikut kreativiti.

Mesti ramai nak tahu macam mana nak buat DIY wall panel ni dan bahan apa lagi yang digunakan.

Jom tengok perkongsian DIY menarik oleh Aen Ren ni.

Cara DIY Wall Panel Mudah, Jimat & Cantik

Bahan-bahan

  • Kayu siling (saya beli 9 kaki RM 2.50 sebatang)
  • Gam
  • Filler (untuk isi celah antara kayu dan dinding)
  • Kertas pasir
  • Cat dinding

Di atas ni kayu yang dibeli

Ini gam kayu.

Ini gap filler untuk kemaskan permukaan antara kayu dan dinding.

Semua barang ni boleh beli di kedai hardware.

Cara-cara

1. Tentukan Corak Dinding

Mula-mula, decide dulu corak yang kita nak pada dinding. Kemudian lakarkan dan dapatkan ukurannya dengan tepat.

2. Potong Kayu

Lepas tu bolehlah potong kayu ikut ukuran yang dah ditetapkan tadi.

Ni suami saya potong guna mesin. Tapi nak potong manual pun boleh sebab kayunya bukanlah keras sangat.

3. Gosok Kayu Dengan Kertas Pasir

Sebelum nak pasang kayu dekat dinding, gosokkan dengan kertas pasir dulu supaya permukaannya licin dan elok.

4. Susun Kayu Ikut Corak

Seterusnya bolehlah aturkan kayu dekat dinding ikut design tadi.

Gunakan masking tape untuk tahan dan gamkan dengan kemas.

Ini cara susun kayu diagonal tu.

5. Kemaskan & Cat

Kemaskan celah-celah antara permukaan kayu dengan menggunakan filller.

Kalau nak lagi licin boleh gosokkan lagi sekali dengan kertas pasir selepas cat.

Siap!

Macam nilah hasilnya bila dah siap.

Oklah kan, dengan modal lebih kurang RM70 je dapatlah feature wall dekat ruang tamu ni.

Jom Buat Projek Hujung Minggu Ni

Wah, nampak cantik dan elegan. Rupanya DIY sendiri pun boleh.

Rasanya semua faham kan langkah yang ditunjukkan.

Jadi kalau ada yang dah boring pakai wallpaper nanti bolehlah cuba buat design begini.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal pada post INI.

*Cara DIY hiasan dinding ini dikongsikan oleh Aen Ren menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×