Kini Trending

Dikenakan Mengikut Kadar Beras Yang Di Makan, Tunaikan Pembayaran Zakat Fitrah Anda Sekarang!

75
SHARES

Warga Selangor, anda dah bayar Zakat Fitrah atau belum? Kalau belum, jom sama-sama buat bayaran sekarang.

Semoga dengan perbuatan kita ini, orang disekeliling dapat bersama-sama merasai dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Kadar zakat selangor masih dikekalkan seperti tahun sebelumnya!

Bagi pengetahuan anda, kadar Zakat Fitrah di Negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun 2023, bersamaan 1444 Hijrah telah ditetapkan sebanyak RM7, RM14 dan RM21 seorang.

Kadar-kadar ini ditentukan berdasarkan harga beras yang dimakan oleh pembayar zakat.

Berikut senarai kadar bayaran untuk rujukan anda.

1. Kadar RM7 –  Beras super special tempatan (Kupon berwarna hijau)

2. Kadar RM14 – Beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi (Kupon berwarna merah)

4. Kadar RM21 –  Beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf (Kupon berwarna oren)

Bayar Zakat Fitrah pada Amil yang telah dilantik atau buat secara online.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik seramai 2,642 orang Penolong Amil Fitrah (PAF), 17 Penolong Amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 92 Maahad Tahfiz serta Sekolah Agama Swasta di negeri Selangor bagi memudahkan urusan pembayaran zakat.

Pastikan anda bayar zakat melalui PAF berdasarkan kad tauliah dan sijil lantikan yang disahkan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Selain itu, Lembaga Zakat Selangor turut menyediakan Zakat On Wheels di lokasi strategik seperti di masjid, bazaar Ramadan, pasar tani, pasar raya dan sebagainya bagi memudahkan urusan pembayaran zakat.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pembayaran Zakat Fitrah dan Zakat Harta melalui saluran-saluran online yang sahih seperti di bawah.

1. EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my

2. Perbankan internet

3. Portal MyEg

4. Pos Online

5. Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost

18 cawangan Lembaga Zakat Selangor, beroperasi 7 hari seminggu.

Kini, 18 cawangan Lembaga Zakat Selangor termasuklah cawangan zakat UTC Shah Alam beroperasi selama 7 hari seminggu bagi memudahkan proses pembayaran zakat.

Waktu urusan adalah seperti berikut:

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis & Jumaat: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Hari Sabtu, Ahad dan cuti umum:  9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Oleh itu, gunakan peluang ini untuk menjalankan rukun islam yang keempat iaitu mengeluarkan zakat bagi menjamin kemaslahatan masyarakat.

Muat turun aplikasi Zakat Selangor di Google Play Store untuk versi android dan Apple App Store untuk versi iOS bagi memudahkan urusan pengiraan dan pembayaran zakat anda sekarang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×