40 Minggu

5 Sebab Jangan ‘Makan Untuk 2 Orang’ Semasa Mengandung

189
SHARES

“Ala.. Kamu kan mengandung, makanlah lebih-lebih sikit. Nanti lapar baby kat dalam perut tu. Patut kena makan untuk 2 orang tau. Nah, tambah lagi.”

‘Makan untuk 2 orang’ adalah antara saranan terhadap ibu mengandung yang biasa kita dengar oleh orang sekeliling. Namun sedarkah anda bahawa makan berlebihan boleh membawa banyak keburukan berbanding kebaikan kepada kehamilan.

5 Sebab Jangan ‘Makan Untuk 2 Orang’ Semasa Mengandung

Kehamilan bukanlah alasan untuk anda menggandakan kuantiti makanan yang berbanding biasa. Berikut adalah sebab kenapa ibu hamil tak digalakkan ‘makan untuk 2 orang’.

1. Pertambahan Berat Badan Mendadak

Menurut kajian yang dilaporkan oleh laman web kesihatan HealthLine, lebih separuh daripada wanita hamil menambah lebih berat badan daripada yang sepatutnya.

Ramai wanita yang tidak menyedari bahawa pertambahan berat badan ideal semasa hamil tidaklah sebanyak mana.  Berikut adalah contoh carta pertambahan berat badan yang boleh dijadikan panduan.

Sumber: slideshare.net

2. Masalah Kesihatan Ibu

Pertambahan berat badan yang mendadak ini boleh mengundang beberapa penyakit yang biasa dialami ketika kehamilan seperti pre-eclampsia, diabetes gestasi atau kencing manis, dan sakit belakang.

Penyakit ini bukan saja memberi komplikasi kepada ibu semasa kelahiran bayi, tetapi ia juga boleh membawa risiko kepada kesihatan jangka masa panjang ibu.

3. Risiko Bayi Besar

Apabila seseorang wanita mengalami pertambahan berat badan melebihi jumlah yang sepatutnya, risiko mendapat bayi besar hampir adalah hampir dua kali ganda.

Bukan itu saja, kebarangkalian mereka untuk bersalin secara pembedahan juga meningkat sebanyak 30%.

bersalin bayi besar

Foto Kredit: mumsandbubs.net.au

4. Masalah Kesihatan Bayi Buat Jangka Masa Panjang

Bayi besar tidak semestinya comel dan tembam, tetapi sebenarnya mereka ini lebih berisiko terhadap masalah kesihatan seperti masalah jantung dan obesiti apabila meningkatnya usia.

Dalam sebuah penelitian di Jerman, pakar mendapati bahawa kenaikan berat badan berlebihan ketika hamil meningkatkan kemungkinan anak-anak ini mempunyai berat badan berlebihan pada usia sekitar 5-6 tahun – sekalipun ibu tadi mempunyai berat badan yang ideal sebelum atau selepas bersalin.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

5. Sukar Mendapatkan Kembali Bentuk Badan Asal

Menurut kajian tahun 2015 di Amerika Syarikat, lebih 75% wanita yang terlibat dalam survey tidak dapat kembali kepada berat badan sebelum mengandung walaupun selepas 1 tahun tempoh bersalin.

Malah, daripada jumlah tersebut, 1/3 daripada wanita ini telah termasuk kategori obesiti dan berat badan berlebihan.

Foto Kredit: weight.sdghealth.com

Hanya 300 Kalori Tambahan Diperlukan

Apabila proses kehamilan semakin berkembang, sudah tentu keperluan nutrien harian akan bertambah. Namun, apa yang perlu kita ingat adalah jumlah kalori tambahan yang diperlukan itu hanya sedikit – iaitu 300 kalori setiap hari. 300 kalori ini bukanlah banyak mana, ia bersamaan dengan sekeping roti whole grain bersama 1 sudu peanut butter saja!

Oleh itu, jangan jadikan alasan kehamilan untuk ‘main belasah’ semua makanan ya. Memang ada masanya anda akan berasa lebih lapar disebabkan stres atau hormon. Tapi sebaiknya, lebihkan fokus kepada kualiti pemakanan yang diambil kerana kini anda ‘makan untuk 2 orang’.

 

Sumber: HealthLine, Daily Mail & Health Status

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×