Hebahan

Dettol Gold Beri 100 Peratus Perlindungan Daripada Kuman

1
SHARES

Kuala Lumpur, 31 Mac 2016 – Ibu-ibu di Malaysia kini boleh memberi keluarga mereka 100% yang lebih baik dalam perlindungan daripada kuman! Dianggap sebagai jenama perlindungan kuman yang unggul, Dettol mengukuhkan lagi rangkaian produk inovatifnya dengan Dettol Gold.

Rangkaian ini terdiri daripada cecair mandian, sabun dan pencuci tangan cecair dalam dua pilihan yang menarik – Classic Clean dan Daily Clean.

dettol

Inovasi Dettol Terbesar Setakat Ini

Ketika di pelancaran media Dettol Gold, En. Matias Caride, Pengarah Pemasaran RB Malaysia dan Singapura berkata, “Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Dettol membawa kembali kenangan zaman kanak-kanak apabila ibu-ibu akan sapukan cecair antiseptik berwarna kuning jingga pada kulit yang melecet dan luka. Dengan pelancaran Dettol Gold, rangkaian baharu pembersih badan ini mewakili inovasi terbesar jenama setakat ini”.

Menjelaskan rasional di sebalik inovasi Dettol Gold, Caride berkata: “Kuman pada masa kini sentiasa berkembang, dan dari masa ke masa, mereka menjadi lebih tahan terhadap produk antibakteria. Apabila ini berlaku, kita lebih mudah jatuh sakit, terutamanya bagi kanak-kanak kerana sistem imun mereka masih belum mantap seperti orang dewasa.”

“Itulah sebabnya sangat penting bagi kita untuk kekal inovatif dengan melancarkan produk dengan sains antibakteria terkini dan keupayaan membunuh kuman yang dipertingkatkan bagi memastikan pelanggan kami akan lebih dilindungi daripada sebelum ini.”

Kekal Sebagai Perlindungan Terbaik Seisi Keluarga

Ibu-ibu memainkan peranan yang besar dalam menentukan apa yang terbaik untuk keluarga mereka, dan Dettol sedar akan betapa pentingnya tanggungjawab seorang ibu. “Seperti kata pepatah, ‘ibu lebih mengetahui” – setiap ibu mahukan hanya yang terbaik untuk keluarga mereka dan para ibu ingin melindungi keluarga masing-masing pada setiap masa.

Seperti setiap ibu moden, selebriti Scha Alyahya memahami kepentingan menjaga keluarga agar sentiasa bahagia dan sihat. Pelakon, usahawan dan ibu kepada Lara Alana yang berusia 2 tahun ini mengimbangi banyak peranan dalam sehari.

Pilihan Ibu Moden, Scha Alyahya

“Menghabiskan banyak masa di tempat awam mendedahkan saya kepada kuman dan bakteria. Apabila saya pulang ke rumah, saya mahu meluangkan sebanyak masa yang mungkin bersama Lara, dan saya mahu bermain dan berinteraksi dengannya tanpa perlu bimbang tentang menyebarkan kuman. Daya tahan kanak-kanak tidak sekuat berbanding orang dewasa, jadi saya perlu berhati-hati, “ katanya.

“Syukurlah, dengan Dettol Gold, saya boleh menikmati perlindungan yang lebih baik untuk keluarga saya, supaya suami saya, Awal dan saya boleh memeluk Lara dan memberi perhatian yang tidak berbelah bahagi kami setiap hari apabila pulang ke rumah. Tambahan lagi, saya suka aroma minyak serai, yang membuatkan saya berasa seperti berada di spa! ” kata Scha.

Dengan Dettol Gold jenama perlindungan kuman yang unggul kini lebih baik daripada segi rupa dan rasa.

Cubalah hari ini untuk merasai perbezaannya sendiri!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×