Kemurungan telah menjadi suatu perkara yang serius kerana terlalu banyak kes yang melibatkan kematian disebabkan ‘depression’. Penyanyi terkenal seperti Avicii dan Chester Bennington telah membunuh diri mereka akibat terlalu depressed. Mungkin ramai antara kita yang tak pasti sama ada diri sendiri hanyalah stress atau depression. Jom kita tengok apa perbezaan antara stress dan depression.

Penyanyi KPop terkenal Goo Hara juga mengalami kemurungan yang teruk dan telah mencuba bunuh diri awal tahun ini.
STRES
Stres adalah ‘common’ dimana perasaan yang anda akan alami apabila berada di bawah tekanan. Ia mungkin berkaitan dengan soal peribadi, kerja ataupun kewangan.
DEPRESSION
Kemurungan adalah isu yang lebih serius dan tekanan yang lebih teruk. Kebanyakan individu yang mengalami kemurungan akan memilih untuk berdiam diri atau memendam perasaan sendiri.
PUNCA KEMURUNGAN
1.Keturunan
2.Persekitaran
3.Ubat-ubatan
4.Penyakit lain
5.Corak pemikiran
6.Stress
7.Kehilangan orang yang disayangi
STRES VS. DEPRESSION
1.Stres adalah disebabkan masalah dalam hidup manakala kemurungan boleh berlaku secara tiba tiba walaupun tiada masalah yang timbul.
2.Stres sentiasa berkaitan dengan masalah yang sedang dihadapi. Kemurungan pula boleh disebabkan perkara yang dipendam dan telah lama berlaku.
3.Stres boleh membuatkan seseorang depress atau anxiety dan depression membuatkan seseorang selalu mempunyai ‘suicidal thoughts’
Depression adalah salah satu penyakit mental yang perlu dirawat segera. Jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, disarankan untuk rujuk doktor psikologi atau kaunselor.