Famili

Dapatkan Kod Promo McDelivery & Nikmati Bersama Keluarga Sambil Tonton Jom Heboh di Rumah!

913
SHARES

“Ibu.. Kudapan takde ke? Tak bestlah tengok tv takde kudap-kudap..”

Anak anda mesti macam ini kan? Setiap kali nak layan rancangan menarik mesti kena ada benda nak dikunyah. Kalau tak, asyik rasa moody dan tak boleh fokus pada rancangan yang ditonton.

Haa.. Sempena Jom Heboh di Rumah hujung minggu ini, bolehlah pesan McDelivery dan anda akan dapat lebih penjimatan. Ini pastinya buatkan anda lebih puas apabila dapat menikmati McD bersama anak-anak dan tersayang di rumah.

Saksikan Jom Heboh di Rumah dengan McDelivery!

Karnival Jom Heboh memang terkenal sebagai acara tahunan yang sentiasa dinanti ramai kerana menampilkan ramai artis dan pengacara terkenal. Namun tahun ini, banyak aktiviti hiburan berbentuk fizikal yang melibatkan ramai terpaksa dihadkan kerana mematuhi aturan norma baharu.

Tidak mahu peminat setia Jom Heboh bersedih, TV3 tampil dengan Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery di mana persembahan dan pelbagai aktiviti akan diadakan secara mayaIni pastinya memberikan penonton pengalaman berhibur dengan gaya baru.

Lagi menarik, sepanjang 2 hari Jom Heboh di Rumah, apabila memesan McDelivery anda boleh menikmati lebih banyak penjimatan dan boleh dapat Chicken McNugget secara percuma tau.

Nikmati hidangan enak McDonald’s dengan nilai hebat bersama keluarga!

Tengah asyik melayan Jom Heboh di Rumah, kalau anda rasa malas nak keluar beli makanan pesan saja melalui McDelivery dan mereka terus hantar pesanan anda.

Menerusi pembelian secara McDelivery, anda boleh nikmati banyak penjimatan! Nak lebih kenikmatan dan kepuasan, anda boleh pesan Set Kombo atau Set Nilai Hebat. Nak makan dengan kawan-kawan atau famili pula, anda order Set Famili. Gerenti puas makan!

Untuk pesanan, anda boleh muat turun aplikasi McDelivery atau layari terus laman sesawang McDelivery. Sebelum nak check out jangan lupa letak kod promo “JHMCD” dan anda akan dapat 6 ketul Chicken McNuggets secara PERCUMA. Anak-anak mesti suka!

Tapi, semua ini untuk waktu yang terhad saja tau! Bermula 29-30 Ogos 2020 saja.

Rasai kemeriahan luar biasa Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery!

Bakal bersiaran selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos ini di TV9, Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery akan membawakan pelbagai aktiviti menarik dengan pelbagai tawaran hebat secara maya menerusi kaca televisyen. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air.

Antara selebriti yang akan membuat penampilan ialah Wany Hasrita, Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Nazim Othman, Amelia Henderson, Riena Diana, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.

Kongsi gambar dan menang!

Anda juga berpeluang untuk memenangi wang tunai dan baucar tunai bernilai RM20,000 daripada McDonald’s dengan berkongsi gambar kemeriahan anda sekeluarga menikmati hidangan McDonald’s di rumah. Hanya ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1 : Ambil gambar
Langkah 2 : Sertakan kapsyen kreatif tidak melebihi 30 patah perkataan
Langkah 3 : Muat naik foto di Instagram beserta #JHDRbersamaMcDelivery #MerdekabersamaMcDelivery
Langkah 4: Pastikan akaun Instagram anda dalam tetapan umum

Pertandingan ini sudah bermula dari 25 Ogos dan akan berakhir pada 30 Ogos, jam 6 petang. Keputusan akan diumumkan pada 30 Ogos, Ahad, jam 10.50 malam di TV9 dan 11.40 malam di TV3.

Apa pun, jangan lupa save the date untuk Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery. Inilah masanya untuk anda menikmati semua hidangan kegemaran anda dan keluarga di McD pada harga penjimatan.

Semua promo adalah tertakluk pada terma dan syarat dan untuk menikmati promo nugget percuma, anda perlu berbelanja minimum RM18 dengan servis penghantaran RM5.

Untuk lebih maklumat lanjut klik di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×