Sihat

Dah Diet Tapi Berat Tak Turun? Ini Kriteria Makanan & Cara Sebenar Anda Perlu Lakukan

1.8K
SHARES

“Dah sebulan aku diet ni, tapi tak nampak apa-apa perubahan pun?”

Pernah atau tidak situasi sebegini berlaku kepada anda? Dah berbulan-bulan diet tapi berat badan masih tak turun dan berada pada tahan yang sama walaupun dah amalkan makanan yang sihat. Rupa-rupanya, selama ini barang makanan yang anda amalkan itu tidak mempunyai kandungan kalori yang rendah seperti apa yang anda fikirkan! Oleh itu, kalau tak mahu tersilap dalam pembelian makanan berdiet, jom tengok 10 senarai makanan yang confirm akan bantu anda menurunkan berat badan.

BARANG DIET PILIHAN DAPUR SIHAT

Hari tu jalan-jalan dekat Tesco sempat lah snap gambar-gambar beberapa barang diet yang saya guna dari dulu sampai sekarang. Nak share dengan geng #eatandslim tapi takpe kita share sini je bagi ramai lagi dapat manfaat. Bila diet sihat ni bukannya kita makan special sangat or makan pelik-pelik dari orang lain pun. Kita cuma kena pilih bahan makanan yang lebih baik je.

Selalunya kita nak yang low GI supaya kita kenyang lama. Kita nak yang takde added sugar sebab kalau perlu kita tambah sendiri je gula baru boleh control kuantiti. Tu je. Takde pelik sangat. Dan bahan-bahan ni pun bagus untuk kesihatan. So dah kurus pun teruskan lah cara yang sama baru boleh maintain berat. 8 dari 10 orang yang turun berat akan naik balik berat dia dalam tempoh setahun. Haa awak nak ke jadi macam tu? Penat je diet kan.

1. Digestive biscuit

Ni saya suka buat snacking bila kadang teringin nak makan something sweet. Masalahnya sedap sangat 2 keping rasa tak cukup. Haha so be careful!

2. Coffee Essenso

Siapa suka minum kopi tu nah boleh try instant coffee Essenso ni. 1 sachet baru 7 kcal. Coffee juga bantu boost metabolisme tapi dengan syarat gula jangan lah bersudu-sudu.  Nak letak gula max 1 tsp. Nak ala-ala white coffee tu tambah fresh milk. Susu pekat manis a big NO okay. Nak kurus kan? Kebanyakan orang boleh ambil maximum 6 tsp (sudu kecil) gula tambahan je sehari. Tapi majoriti ambil kita gula 4-5 ganda dari tu.

3. Minyak Masak

Siapa kata diet tak boleh guna minyak. Boleh tapi hadkan maximum 1 tbsp per serving. Maknanya sekali masak tu guna 1 tbsp je lah. Minyak dekat pasaran ada 2 jenis. Satu macam botol kiri tulis Minyak Sawit Olein Bertapis. Dan satu lagi belah kanan tu campuran minyak sawit dan minyak lain dinamakan minyak sebatian.

Ada orang kata bagus kiri. Tapi kanan tu pun takde salahnya. Sebab minyak ni yang penting control KUANTITI penggunaan.
Kebanyakan orang boleh ambil maximum 2 tbsp (sudu besar) minyak je sehari. Sebab tu nak kurus kena kurangkan sangat makanan bergoreng. My choice is coconut oil tapi kalau nak deep fry guna minyak sawit je sebab murah sikit.

4. Mayonis

Mayo brand Kewpie. Warna pink mayo Low Fat. Warna merah yang biasa. Pink rendah kalori, rendah lemak, tinggi karbohidrat.
Merah tinggi kalori, tinggi lemak, rendah karbon. Nak pilih mana satu? Kalau saya mana-mana pun boleh sebab yang penting KUANTITI. Mayo hadkan 1 tsp per serving. Tapi kalau dah contoh sandwich tu letak cheese atau protein tu dah goreng ke, tak perlulah letak mayo. Nak diet meal kena balance. Jangan semua benda nak letak.

5. Sos Haisin

Ni antara sos yang selalu guna dalam meal dapur sihat. Kalau orang diet Eat Clean tak boleh la kot kan ambil sos macam ni.
Tapi sebab saya bukan buat Eat Clean. Saya cuma healthy & balance diet. So sos boleh guna yang penting kawal KUANTITI.
Sos limit maximum 3 jenis sos. Dan hadkan penggunaan 1 tbsp sos je per serving. Kalau nak guna sampai 3 sos pun total combine max 1 tbsp juga. Lagi kurang lagi bagus.

6. Beras

Kebulur la ahkak kalau diet tak makan nasi kan. Bagi yang nak belajar kurangkan portion nasi tu ahkak advice makan Beras Parboiled ni. Ada macam-macam brand tapi yang brand Jati tu paling murah (5kg dalam RM20). Jasmine dan Faiz mahal sikit.
Beras parboiled ni bagusnya GI rendah. Jadi makan sikit pun kenyang. Sesuai la untuk orang diet kena kurangkan portion nasi.

Beras parboiled ni ada khasiat macam beras perang tapi rasa macam beras putih. Kebanyakan orang kata beras perang tak sedap. So makanlah beras parboiled. Khasiat beras perang tapi rasa beras putih. Untuk yang ada masalah kencing manis pun digalakkan guna beras parboiled.

7.  Roti

Haaa ni roti special sikit. Harga pun mahal sikit. Ada pek merah dengan pek hijau. Kalau agak-agak nak makan yang special tu make sure pilih pek HIJAU ya. Yang Multigrain and Seeds tu. Sebab GI dia lagi rendah, kenyang lama.

8. OAT


Sebaiknya guna oat jenis ROLLED OAT. Kenyang lagi lama. Tapi kalau nak guna instant oat pastikan plain bukan yang 3 in 1 tu sebab banyak gula dalam tu.

10. COKLAT

Perempuan dan coklat mana boleh dipisahkan tapi tengah diet tu nak makan coklat cari Dark chocolate dan at least 70% Cocoa. Dalam gambar tu 72% cocoa. 1-2 bar kecik tu je ya limit nak makan. Bukan 1 paket.

*Selepas ini kalau nak beli barang makanan tu buat pilihan yang bijak ya!

Sumber : Farieez Akib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×