Famili

Cuma Benjolan Kecil – Wanita Ini Kongsi Detik Disahkan Sebagai Penghidap Kanser Payudara!

1.9K
SHARES

“Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari”… itulah renungan seorang penghidap kanser payudara tahap 4, Wan Musfirah Aimi Binti Wan Supian, atau lebih dikenali sebagai Aimi.

Tidak pernah menyangka hidupnya bakal diuji sebegini, dia tetap tabahkan diri dan berusaha melawan kanser payudaranya kerana dia sedar, dia tidak berseorangan dan perjuangan perlu diteruskan demi suami, anak-anak dan keluarga tersayang.

Disahkan Menghidap Kanser Payudara Pada Usia Awal 30-an!

Segalanya bermula 7 tahun dahulu, apabila Aimi merasakan ada benjolan di bahagian kelenjar ketiak lengan kirinya.

Menurut Aimi, dia pada mulanya tidak menyangka atau mengesyaki apa-apa kerana benjolan tersebut tidak menyebabkan sebarang kesakitan tetapi oleh kerana kedudukannya yang berdekatan dengan “bra line”, Aimi mula berasa tidak selesa dan membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Gleneagles pada awal Januari 2015.

Pelbagai ujian dilakukan termasuklah ultrasound, mamogram dan biopsi sebelum sah didiagnosis menghidap penyakit kanser payudara tahap 2.

Keluarga Tiada Sejarah Kanser!

Terkejut dan sedih namun, Aimi menerima apa yang telah terjadi sebagai takdir dan bertekad menghadapinya.

Menurut Aimi, dia merupakan ahli pertama dalam keluarganya yang disahkan menghidap kanser payudara. Bahkan hingga ke hari ini, tiada seorang pun dalam keluarganya yang menghidap penyakit kanser.

Payudara Kiri Terpaksa Dibuang…

“Doktor menasihati saya untuk membuang payudara sebelah kiri (mastektomi) bagi mencegah kanser daripada merebak ke bahagian lain. Namun, setelah selesai pembedahan membuang payudara kiri, doktor mendapati kanser saya telah merebak ke paru-paru dan mencadangkan saya untuk menjalani rawatan kimoterapi dan rawatan radioterapi. Hanya satu pilihan rawatan yang diberikan pada masa itu dan saya bersetuju dengan cadangan rawatan tersebut” terang Aimi.

Selain itu, Aimi juga mengambil inisiatif untuk mengubah gaya hidup dan diet pemakanan hariannya bagi menjaga tahap kesihatan beliau. Dia juga gemar lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan berjoging bersama keluarga.

Keadaan ini bukanlah suatu yang mudah buat Aimi. Alhamdulillah, berkat sokongan suami serta ahli keluargalah yang membolehkan Aimi melangkah kehadapan melawan kanser payudara yang dihidapinya.

Rawatan Dibiayai Oleh Insurans Perubatan!

“Saya sangat bersyukur kerana majikan saya menyediakan manfaat pekerja agar saya tidak perlu risau dan bimbang tentang beban kewangan atau terpaksa menghentikan rawatan kerana tidak mampu menanggung kos rawatan. Insurans berkelompok telah menjelaskan segala perbelanjaan rawatan kanser saya dan saya tidak berhadapan masalah had tuntutan atau bil tertunggak. Saya tidak perlu risau tentang bil hospital dan ubat-ubatan kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh insurans majikan saya. Saya hanya perlu fokus untuk meneruskan rawatan dengan hati yang tenang dan minda yang positif” tambah Aimi.

Menyentuh mengenai kos perubatan, Aimi menganggarkan hampir setengah juta ringgit telah dibelanjakan bagi merawat penyakitnya. Mengimbas kembali perjalanan hidupnya sejak disahkan menghidap kanser hingga sekarang, Aimi menekankan kepentingan memiliki insurans sebelum perkara yang tak diingini berlaku. “Paling penting sediakan payung sebelum hujan, ambil insurans kerana kita tidak tahu bila kita akan jatuh sakit” pesan Aimi.

Lagipun, bukan semua bernasib baik mempunyai manfaat pekerja komprehensif dan menyeluruh yang mampu menanggung semua kos perubatan yang kian meningkat dari tahun ke tahun.

Walaupun kanser payudara Aimi telah mencapai tahap 4, Aimi tidak pernah menyerah kalah. Sebagai , segala sikap dan perasaan yang negatif perlu dielakkan dan Aimi menyeru para penghidap kanser diluar sana untuk sama-sama terus berjuang dan jangan menganggap anda berseorangan dalam perjalanan ini. Jika sesiapa memerlukan sebarang bantuan, jangan malu dan segan untuk menghubungi Aimi melalui Facebook Aimi Yusoff dan Instagram @prayforaimi. Banyak perkongsian dan tips mengenai perjuangan dirinya yang boleh dijadikan iktibar.

Aimi sendiri mengakui bahawa dia kerap menasihati rakan-rakan untuk mendapatkan insurans perubatan kerana penyakit seperti kanser memerlukan perbelanjaan dan sokongan kewangan yang tinggi.

Jika anda masih belum memiliki perlindungan insurans, bolehlah pertimbangkan Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA.

Ia meliputi tiga tunggak utama iaitu:

  • Hidup Sebaiknya (Live Well) dengan program kesihatan unik AIA Vitality
  • Lindungi Sebaiknya (Protect Well) dengan pelan perlindungan insurans / takaful AIA
  • Pulih Sebaiknya (Get Well) dengan nasihat dan sokongan yang khusus dari peringkat diagnosis hingga pemulihan menerusi Perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi AIA

AIA komited untuk bersama anda dalam setiap langkah perjalanan kesihatan dan kesejahteraan anda agar anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA.

Untuk respon yang lebih pantas, hubungi Perancang Hayat (ejen) AIA hari ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×