Inspirasi

Sering Diejek Ketika Kecil, Kisah Hidup Cristiano Ronaldo Jadi Inspirasi Ramai

Figura bernama Cristiano Ronaldo bukanlah sosok asing di mata dunia. Beliau merupakan pemain bola sepak terkenal dunia yang telah kembali semula bermain di kelab lamanya iaitu Manchester United yang berpusat di Manchester, United Kingdom.

Di sebalik kejayaan dan kegemilangan beliau, ada sisi gelap yang beliau pernah alami sebelum mencapai kemuncak kerjayanya. Kisah hidup beliau mungkin boleh dijadikan sebagai tauladan, pengajaran dan panduan buat mereka yang memerlukan sokongan atau motivasi dalam hidup.

Ikuti perkongsian oleh Dr. Rizal Abu Bakar di bawah.

Baca juga: Digelar ‘Budak Kangkung’, Modal Hanya RM10 Tanam Lebih 30kg Kangkung Depan Rumah!

SERING DIEJEK KETIKA KECIL, KISAH HIDUP CRISTIANO RONALDO JADI INSPIRASI RAMAI

Siapa saja yang tak kenal dengan nama Cristiano Ronaldo ini. Antara sosok figura terkenal dunia terutama dalam dunia bola sepak. Seorang pemain yang cukup dikenali kerana minat dan juga skil luar biasa.

Namun, nak tahu tak Ronaldo tidak lahir ke dunia ini beralaskan keperluan yang cukup macam kebanyakan kita. Kisahnya cukup menyentuh hati dan telah menjadi inspirasi buat jutaan orang di luar sana.

Ronaldo membesar di pekan termiskin di kawasan ibu kota Funchal. Di sebuah pulau iaitu Madeira. Kedua-dua ibu bapa beliau bukanlah bekerja senang dengan gaji lumayan. Seorang tukang kebun. Seorang tukang masak.

Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi; kais petang makan petang.

KISAH HIDUP BELIAU SEWAKTU KECIL

Ronaldo ni walaupun usianya ketika itu baru mencecah sembilan tahun namun, mindsetnya tidak melambangkan umurnya yang setahun jagung.

Kenapa saya kata macam ini? Jom putar waktu suatu masa, di mana beliau mula bermain bola sepak di sekolahnya.

Diejek oleh ahli pasukannya sebab ayahnya jadi tukang cuci bilik loker untuk cari duit lebih. Tidak sampai situ dugaan yang dihadapinya. Masuk alam remaja, ayahnya jadi kaki mabuk. Abangnya pula terjerumus ketagih arak dan dadah.

Masuk umur 20an, beliau menyaksikan sendiri ayahnya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi hati kerana bahana arak. Tak berhenti takat situ.

Ronaldo sendiri disahkan menghidap penyakit tachycardia. Keadaan di mana impuls tak teratur menyebabkan degupan jantungnya tak normal. Sehingga perlu jalani surgery pada usia belasan tahun.

Dugaan datang bak peluru berpandu tapi semua itu tak mematahkan semangat Ronaldo. Permulaan beliau untuk bermain bola sepak disokong oleh kedua ibubapanya. Berbekalkan sokongan dan niat untuk ubah nasib diri dan keluarga.

ASPEK POSITIF BELIAU YANG BOLEH DICONTOHI

Segala ujian beliau jadikannya sebagai dorongan untuk berlatih lebih keras sehingga berjaya. Tatkala ahli pasukannya berehat selepas latihan. Beliau tetap berlatih. Rehat pun sekejap saja.

Beliau sentiasa tanamkan mindset positif dalam hidup. Sehingga kini walaupun Ronaldo ada segala-galanya. Beliau kekal humble. Tiada cubaan untuk berlawan dengan orang lain. Tiada cubaan bermegah. Hanya fokus improve diri sendiri.

Banyak buat kerja amal. Jadi penderma darah aktif. Walaupun dulu dirinya pernah susah. Bila dah senang, beliau bantu balik dengan memberi kerana tahu peritnya berada dalam situasi sebegitu.

Beliau tak pernah lupakan asal usulnya. Ronaldo menempa nama di mata dunia. Sekelip mata nasib keluarganya berubah. Ronaldo kekal mengembangkan ‘growth mindset’ iaitu,

“Tiada siapa yang mampu ubah nasib hidup kecuali diri sendiri.”

“Jangan merasakan bahawa diri itu sudah sempurna. Kerana tiada manusia yang sempurna. Fokus untuk baiki diri dari masa ke masa.”

BERINGAT! HIDUP JANGAN TERLALU MENDONGAK KE LANGIT

Ada ramai lagenda bola sepak yang dahulunya disanjung tinggi namun tidak mampu maintain. Akhirnya jatuh tersungkur.

Sebab apa? Sebab tiadanya disiplin. Berasa dirinya cukup bagus. Tak nak dengar nasihat orang lain.

Ada masa. Jangan peduli apa kata orang. Tapi ada masa boleh ambil peduli bila kata-kata tersebut bertujuan untuk kebaikan.

AMALKAN JADUAL HIDUP SIHAT

Sehingga kini, Ronaldo tetap berdisiplin dalam menjalani kehidupan sehariannya. Aktif jalani gaya hidup sihat. Rajin berlatih. Rehat cukup. Tidur cukup.

Pemakanan seimbang. Cukup protein. Cukup sayur. Makanan bergula dielakkan. Ketika waktu cutinya, beliau menjadi ayah terbaik buat anak-anaknya.

Segala ejekan, sindiran dan hinaan tidak diambil kisah pun oleh Ronaldo. Cristiano Ronaldo merupakan salah satu ‘living proof’ bahawa untuk berjaya dalam hidup.

Satu. Kena ada mindset positif. Kedua. Kena ada keberanian, kemahuan dan disiplin. Boleh dijadikan inspirasi?

Menjengah ke ruangan komen beliau, rata-rata memberi maklum balas yang positif mengenai figura ini.

Sumber: Facebook Dr.Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×