Club Med Cherating atau lebih dikenali dengan nama Eco-Nature Resort di Cherating yang sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan juga pelbagai khazanah alam. Untuk pertama kali sampai di sana, boleh di katakan sangat teruja sebab kami disambut meriah oleh staff-staff Club Med yang dikenali sebagai GO Club Med. Sepanjang perjalanan dan berada di sana, senyuman dari GO Club Med tidak lekang apabila bertemu. Sangat menyeronokkan dan senang. Lagi lagi jumpa GO mat saleh hensem. Haha
Club Med Cherating mementingkan Eco-Friendly dan kebanyakkan kenderaan yang digunakan untuk membawa pelancong hanya menggunakan biodiesel. Sepanjang saya berada di sana, apa yang saya nampak mereka hanya berbasikal untuk bergerak di seluruh kawasan.
Bagi mereka yang ingin bercuti berbulan madu, atau bersama keluarga dan rakan-rakan, Club Med Cherating merupakan tempat yang sangat sesuai kerana mempunyai pemandangan pantai yang cantik di tambah lagi dengan kawasan sekeliling yang hijau. Memang betul betul Kampong Style, apabila di tambah dengan seni bina kayu yang cantik untuk seluruh Chalet. Sangat cantik!..
Terdapat tiga jenis bilik di Club Med Cherating iaitu, Suite Room (sesuai untuk bulan madu), Delux Room dan Superior Room. Semua bilik di reka mengikut “Europe style” dimana bilik mandi dan bilik air di asingkan. Setiap bilik lengkap dengan semua kemudahan seperti iron dan television. So no need to worry. Paling best, semua bilik mengadap ke pantai. Bangun pagi boleh tengok sunrise depan mata. Kalau ambil suite honeymoon, dekat koridor ada pembaringan. Boleh mengadap laut bersama tersayang melalui suite sendiri.
Selain itu, kalau anda bercuti untuk bulan madu atau ingin berduaan dengan pasangan, Zen Space yang mempunyai Quiet Pool yang terbuka sangat sesuai untuk anda dan pasangan. Anda boleh mandi pool sambil menikmati keindahan pantai. Untuk pengetahuan, Zen Space adalah kawasan khas untuk orang dewasa sahaja. Kanak kanak dilarang masuk. No entry. Kalau ada anak kecil boleh tinggalkan di Baby Club.. Saya akan ceritakan mengenai Baby Club kejap je lagi.. Scroll down ye..
Di sekitar kawasan Zen Space terdapat satu restoran yang dinamakan Rembulan Restoran. Sesuai bagi mereka yang ingin nikmati makan malam yang romantik. Bab kenderaan ke sana jangan risau sebab ia disediakan bermula 7 malam. Terbaru dari Club Med Cherating, bagi mereka yang meminati makanan berasaskan Mee, Noodle Bar akan di buka tidak lama lagi dengan konsep makanan Asia. Yummylicious..!
Baby Club. Ini yang saya nak cerita bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga dan mempunyai anak kecil. Club Med baru memperkenalkan Baby Club sebagai tempat jagaan kanak-kanak mengikut umur bagi memudahkan ibu bapa menikmati percutian. GO Club Med akan melayan anak-anak anda di Baby Club. Saya sempat lihat GO Club Med menceriakan kanak-kanak dengan nyanyian. Sangat santai dan menarik. Pasti anak-anak gembira dengan layanan yang diberikan.
Sebagai memenuhi tema Eco-Friendly, aktiviti team building dan aktiviti lasak turut terdapat di Club Med. Bagi mereka yang sukakan alam semula jadi, boleh sertai Jungle Walking untuk terokai hutan terdekat dan bagi mereka yang gemar aktiviti lasak, adventures nature seperti three top challenge, rock climbing, jumping dan juga memanah sedia menanti untuk diterokai kehebatannya.
Bila dah penat dengan aktiviti oudoor, releasekan diri disebelah malam dengan berhibur. Di Club Med Cherating, mereka menyerikan malam anda dengan GO Show yang di adakan pada setiap malam. Dipersembahkan sendiri oleh GO Club Med dengan persembahan menarik seperti Michael Jackson Show dan juga Funny Variety Show.
Bagi anda yang ingin bercuti di Club Med Cherating dan merakam detik bulan madu terindah, boleh ke laman web Club Med Cherating iaitu di http://www.clubmed.com.my/ dan boleh terus membuat tempahan. Ditambah lagi kemudahan untuk pelancong, anda boleh terus menempah pengangkutan untuk ke Club Med Cherating.
Dan jangan lupa, be prepared with SunBlock.. hehe
“The best treasure is the best Memory” – Club Med