Fesyen

Cara Ukur Saiz Cincin Perempuan & Lelaki. Senang Nak Beli Online

44
SHARES
saiz cincin

CARA UKUR SAIZ CINCIN KAHWIN / NIKAH / TUNANG UNTUK LELAKI & PEREMPUAN

Ada tak bakal pengantin yang tengah pening sekarang sebab kedai emas tak buka untuk beli cincin?

Last choice yang kita ada sekarang ialah beli online je. Kalau nak tahu, sebenarnya Habib Jewels dan beberapa kedai emas lain pun dah ada dekat Shopee tau!

Pada waktu pandemik ini, mungkin juga ada sesetengah kedai barangan kemas yang tidak membenarkan anda untuk sarung cincin satu persatu untuk dapatkan saiz yang sesuai.

Jadi kalau anda masih tak pasti atau tak tahu cara ukur saiz cincin, di sini kami tunjukkan beberapa cara yang boleh digunakan.

Dah tak perlu ke kedai barang kemas semata-mata untuk ukur saiz cincin.

Saiz Cincin Yang Biasa Untuk Perempuan / Lelaki

Sebelum apa-apa, di sini kami nak kongsikan lebih kurang average size supaya kita boleh agak lebih kurang saiz cincin yang kita pakai.

  • Saiz cincin untuk jari perempuan biasanya bersaiz antara 3 ke 9. Saiz yang paling umum dibeli oleh perempuan ialah antara 5 ke 7.
  • Untuk lelaki pula, saiznya antara 6 ke 13. Saiz yang biasa dibeli pula antara 8 ke 10 ½ .

Untuk mengukur saiz jari dengan lebih tepat, anda boleh ikuti beberapa cara berikut :

Cara # 1 : Ukur Saiz Cincin Menggunakan Pita Pengukur

1. Lilitkan pita pengukur pada jari yang diinginkan. Pastikan anda lilit tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.
2. Tandakan pada bahagian pita pengukur bertemu. Catatkan panjang ukuran dengan unit mm.
3. Rujuk pada carta di bawah untuk ketahui saiz yang sesuai dengan jari anda.

cara ukur saiz cincin

cara ukur saiz cincin

Cara #2 : Ukur Saiz Cincin Menggunakan Kertas

Jika anda tiada pita pengukur, anda boleh gunakan kertas untuk mengukur saiz jari.

Caranya adalah seperti berikut :

1. Sediakan kertas, gunting, dan pembaris.
2. Gunting kertas menjadi satu strip panjang.
3. Lilitkan kertas pada jari yang dikehendaki. Tandakan pada tempat yang kertas bertemu apabila dililit.
4. Buka lilitan dari jari dan ukur panjangnya dalam unit mm.
5. Semak saiz cincin mengikut carta yang sama di bawah.

cara ukur cincin emas

Cara #3 : Ukur Saiz Jari Menggunakan Cincin Sedia Ada

Anda ada cincin sendiri yang cukup selesa bila dipakai? Anda bolehlah ambil ukuran saiz cincin itu untuk rujukan. Caranya adalah seperti berikut :

1. Sediakan kertas, pembaris dan pensil yang betul-betul tajam diasah.
2. Lukiskan bulatan melalui bahagian dalam cincin di atas kertas. Pastikan bulatan dilukis dengan tepat untuk dapatkan saiz yang betul.
3. Dengan menggunakan pembaris, ukur diameter bulatan yang telah dilukis.
4. Rujuk pada carta di bawah untuk dapatkan saiz cincin anda.

Kredit Foto : nicolina.co.za

 

Baca juga: Cara Ukur Kasut Budak Dengan Tepat & Rujukan Carta Saiz

Tips Ukur Saiz Cincin

  • Jari pun boleh mengembang tau! Untuk dapatkan saiz jari yang lebih tepat, ukurlah pada waktu siang ketika cuaca lebih panas.
  • Untuk dapatkan saiz yang betul, anda dinasihatkan untuk ulang ambil ukuran sebanyak 3 ke 4 kali dan dapatkan saiz purata.
  • Ukurlah saiz jari yang anda selesa pakai cincin. Biasanya jari pada tangan dominan adalah lebih besar.
  • Jika ruas jari (knuckle) anda lebih besar daripada dasar jari, ambillah saiz ½ lebih besar. Nanti, tak adalah cincin tersangkut dekat ruas jari bila nak sarung nanti!
  • Saiz cincin juga berbeza mengikut jenis. Biasanya cincin belah rotan lebih besar ½ atau 1 saiz berbanding cincin bercorak keliling halus.

Zaman sekarang ini, anda tak perlu lagi gunakan pengukur cincin yang hanya boleh didapati di kedai barangan kemas.

Dengan cara-cara ini, anda bolehlah ukur siap-siap di rumah untuk ketahui saiz cincin anda.

Kalau dah tahu saiz, nak beli cincin ‘online’ dari rumah pun boleh! Nak buat surprise pun taklah takut tersilap saiz kan?

Untuk dapatkan saiz yang sesuai, pastikan anda mengambil ukuran beberapa kali dan ukurlah pada waktu siang, ketika itu jari anda ‘kembang’ sedikit.

Semoga tips ini bermanfaat dan selamat mencuba.

Sumber rujukan:

Ft image: Habib Jewels 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×