Rakyat

Menyesal Bubuh Nama Panjang Sangat, Ini Cara Ubah Nama Anak Di JPN

775
SHARES

Akhir-akhir ni memang nama anak yang panjang dan moden menjadi trend ibu ayah. Sekali dengar memang sedap, unik dan lain daripada yang lain.

Hmmm… Tapi bila difikirkan semula, ada juga ibu ayah yang rasa menyesal sebab bubuh nama anak terlalu panjang.

Takut keliru dan susah nak eja. Bila masuk sekolah nanti, anak pun jadi confused, ye tak?

nama bayi islam

Foto Kredit: forum.viva.co.id

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan pengalaman oleh Puan Diana Hezrique yang menceritakan bagaimana proses tukar nama anaknya dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

Cara Ubah Nama Anak Yang Telah Didaftarkan Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Mama yang nak ubah atau potong nama anak tu dah buat ke? Saya dah buat…

Mungkin ada yang alami masalah yang sama macam saya dan nak pendekkan nama anak supaya lebih ringkas.

Di sini saya kongsikan apa yang saya lalui sepanjang prosesnya di JPN.

1. Dokumen Yang Diperlukan

Perlu bawa dokumen asal dan sediakan salinan bagi:

  • IC mak / bapa
  • Surat lahir anak
  • Mykid anak
  • Sijil nikah

2. Isi Borang

Ambil borang ke bahagian Jabatan Pendaftaran Surat Lahir.

Cakap nak borang untuk ubah nama or potong nama anak.

3. Cop Suruhanjaya Sumpah

Bila dah isi borang, kena cop ke Suruhanjaya Sumpah.

Kalau tak nak ke mahkamah, bole pergi kedai photocopy atau kedai gambar,kemudian tanya diorang di mana nak cari Suruhanjaya Sumpah.

Sealunya diorang buka meja dekat sebelah kedai photocopy @ kedai gambar ni.

Contohnya macam dekat JPN Setia Tropika Johor. Ada banyak meja suruhanjaya sumpah tu sekitar kedai luar, depan bangunan JPN.

Macam saya, bingung nak isi borang. Sebab dia nak tahu alasan kita tukar atau potong nama. Alasan paling kukuh, nanti susah bila dia sekolah nanti.

Jadi saya bayar je pekeja bahagian urus surat sumpah tu,1 borang RM45.

Nanti dia tolong uruskan semua. Kita cuma tinggal datang sana je.

Suami dan isteri dua-dua wajib ada untuk tandatangan.

Kemudian bawa semua dokumen yang dah disiapkan ke bahagian daftar surat lahir anak.

4. Bayaran

Kalau anak masih bawah 1 tahun, bayaran yang dikenakan adalah RM5.

Kalau untuk anak umur 1 tahun ke atas, bayarannya RM50.

Tapi nak ubah nama anak ni cuma dibolehkan bagi anak yang berusia 12 tahun ke bawah saja.

Untuk bahagian Johor, boleh call atau Whatsapp nama Penulis Awam Berlesen macam dalam name card di atas. Dia boleh uruskan bahagian isi borang dan cop yang diperlukan. Kita cuma perlu bayar saja.

Inilah hasilnya bila dah tukar nama anak tadi. Harapnya lebih ringkas dan memudahkan.

Semoga Membantu

Dah jelas kan?

Jadi pada yang menyesal namakan anak panjang-panjang tu dan nak potong nama anak, bolehlah pergi ke JPN ya.

Boleh juga rujuk laman web rasmi JPN untuk maklumat lanjut di SINI.

 

*Perkongsian oleh Puan Diana Hezrique untuk proses tukar nama anaknya yang dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini dikongsikan buat pertama kalinya melalui Facebook. Ia telah disunting dan dikongsikan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×