40 Minggu

Mak-Mak Kena Tahu 14 Cara-Cara Penyimpanan Susu Ini Supaya Lebih Tahan Lama

5
SHARES

Buat ibu yang sedang menyusukan anak, pasti pening macam mana caranya untuk menyimpan susu supaya lebih tahan lama. Hal ini kerana, ada ibu yang terpaksa bekerja dan meninggalkan stok susu untuk si manja, jadi persediaan secara rapi perlu dilakukan.

Oleh itu, terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan supaya dapat pastikan susu yang disimpan bertahan lama. Barulah tidak risau stok simpanan susu sentiasa cukup dan fresh bila anda berada jauh dengan anak-anak.

CARA-CARA SIMPAN SUSU SUPAYA LEBIH TAHAN LAMA

1.Botol plastik

Kelebihan

-Jimat kos,boleh ulang pakai

-Tahan hingga 3-12bulan(bergantung pada jenis botol)

Kelemahan

-Makan ruang peti sejuk

-Mudah pecah bila terjatuh,susu perlu dibuang jika pecah

-Tahan hingga 3-12bulan sahaja(bergantung jenis botol) dan cara penjagaan

2.Simpan susu guna botol kaca

Kelebihan

-Tahan lama,selagi tak pecah pakailah.

-Boleh pakai ulang kali,jimat juga

Kelemahan

-Kos agak tinggi untuk pembelian pertama

-Makan ruang dalam peti ais

-Mudah pecah

3. Plastic Storage Bag

Kelebihan

-Boleh jimat ruang peti ais

-Agak murah

Kelemahan

-Sekali penggunaan sahaja

4.Bekas dadih

Pastikan cari bekas yang bpa free ya,dan agak sukar nak cari..tak digalakkan guna bekas dadih ni dan elakkan guna berulang kali juga,sekali guna saja..biasanya bekas ini digunakan oleh ibu bayi newborn yang ditahan di wad.

5.Plastik ais krim

Tak boleh simpan susu ya bekas plastik ni

6. Picagari

Penggunaan picagari sangat jarang ditemui..Tapi ia sangat sinonim dengan ibu yang Induced Lactation atau ibu yang memerah bagi bayi prem, newborn. Habis dah pasal bekas simpan susu,kita sambung cara nak susun teratur comel-comel.

7. JANGAN SIMPAN TERLAMPAU SARAT

Kalau lihat gambar ni,ia agak sarat sampai tak ada ruang nak isi benda lain dah..saiz susu dibekukan pun kembung-kembung. Tak digalakkan cara macam ni sebab makan ruang dan agak berterabur,ramai ibu tak perasan ada susu expired terselit di celah susu

8. Cara nak dapatkan susu sama rata je beku

1.Masukkan susu, tapi jangan penuh ya contohnya kalau plastic storage tu untuk 12oz,isi dalam 7-9oz aje.

2.Buang ruang angin yang ada dalam susu

3.Bekukan dalam keadaan baring dahulu.

4.Dah beku keras,baru boleh susun.

9. Ni lagi senang faham

JANGAN LUPA LABEL

10. Zip Lock Bag/Plastik Bising

Asingkan ikut bulan,kemudian masukkan dalam satu plastik..susun susu ikut turutan tarikh. Jangan lupa label bulan pada luar plastik. Amalkan FIFO-First In First Out. Maksudnya tarikh susu paling awal diperah letak kat depan,dan paling baru di belakang.gunakan yang paling awal diperah.Ingat tau FIFO,bukan UFO.

Kenapa disarankan FIFO?sebab kita tak nak susu yang lebih awal diperah nt expired kalau susjn verterabur dan tak perasan, sayanglah kan.

11. GUNA PAPER BAG

Yang ni pula guna paper bag, kalau banyak paper bag tu bolehlah recycle untuk simpan susu. Sama juga, asingkan ikut bulan dan susun ikut turutan tarikh.

12. GUNA KOTAK

13. GUNA BAKUL

Haaa, ni kalau nak lagi teratur..bolehlah pi ajak laki belek bakul kat ECO.

14.GUNA ORGANIZER

Nak lagi syok,guna bekas ni..Nama dia Organizer Breastmilk System..tapi harga pun boleh tahan,boleh simpan 20 pek je rasanya.

*Simpan elok-elok ye susu tu supaya lebih tahan lama.

Sumber: Nor Azura

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×