Sihat

Salah Buat Boleh Sakit Belakang! Ini Cara Betul Buat Senaman Sit-Up & Kebaikannya

10
SHARES

Terdapat pelbagai kebaikan senaman sit-up untuk kesihatan tubuh badan.

Ia merupakan senaman yang popular dan ringkas dalam membantu membaiki postur badan serta meningkatkan stamina.

Jom kita kenali kebaikan senaman sit-up untuk diamalkan setiap hari.

7 Kebaikan Senaman Sit-Up Untuk Tubuh Badan

1. Baik Untuk Membina & Melindungi Jisim Otot

Sebaik usia mencecah 30 tahun, metabolisma badan dan jisim otot boleh berkurangan sekiranya tidak mengamalkan senaman.

Bagi memastikan kesihatan otot berada pada tahap optimium, anda boleh amalkan senaman sit-up.

Berdasarkan kajian yang dijalankan pada 2016, wanita berusia yang mengamalkan sit-up didapati dapat mencegah risiko sarcopenia iaitu kehilangan jisim otot yang sering terjadi menjelang usia semakin meningkat.

2. Meningkatkan Fleksibiliti Badan

Semakin kita berusia, kestabilan dan pergerakan badan boleh jadi semakin terbatas jika fizikal tidak dilatih.

Sendi dan otot juga cenderung untuk menjadi semakin lemah. Oleh itu, adalah penting untuk kita menjaga fleksibiliti badan melalui latihan fizikal.

Senaman sit-up merupakan antara rutin yang bukan sahaja baik untuk melatih stamina, malah ia juga dapat meningkatkan fleksibiliti pada bahagian pinggul dan tulang belakang.

Badan yang lebih fleksibel dapat membantu seseorang untuk menjalani rutin harian dengan lebih baik serta dapat melindungi sendi apabila usia semakin lanjut.

3. Membaiki Postur Badan

Senaman sit-up juga merupakan antara senaman yang baik dalam membaiki postur badan kerana ia dapat meningkatkan kekuatan otot pada bahagian abdomen, pinggang dan belakang.

Postur yang baik memerlukan otot yang stabil di bahagian tulang belakang bagi menyokong badan.

Postur yang baik juga sangat membantu dalam mengurangkan masalah sakit belakang, sakit bahu serta mengurangkan risiko sakit sendi.

Kredit Foto : inc.com

4. Mengurangkan Risiko Kecederaan

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya otot di bahagian perut, pinggang dan belakang berperanan dalam menyokong badan di samping melindungi badan daripada risiko kecederaan.

Orang yang memiliki otot yang kuat pada bahagian tersebut juga didapati lebih cepat sembuh bila cedera.

5. Dapat Melatih Banyak Bahagian Otot Dalam Satu Masa

Bagi yang mempunyai kekangan masa setiap hari, senaman sit-up adalah sesuai untuk dijadikan rutin kerana ia berkesan dalam melatih banyak otot dalam satu masa.

Antara otot yang dapat dilatih ketika sit-up ialah otot abdomen, dada, belakang, dan pada bahagian pinggang (obliques).

6. Membantu Membaiki Pernafasan & Meredakan Stres

Pergerakan sit-up yang fokus pada abdomen juga dapat memberi kesan positif kepada diafragma.

Lapisan otot diafragma yang sihat dan kuat adalah penting bagi membaiki pernafasan, meredakan stres serta meningkatkan ketahanan fizikal tubuh.

7. Berkesan Dalam Membakar Kalori

Disebabkan senaman sit-up mampu melatih pelbagai otot dalam satu masa, ia amat berkesan dalam membakar kalori berbanding senaman lain.

Senaman ini juga merupakan antara senaman rintangan (resistance) yang baik dalam meningkatkan tahap metabolisma badan untuk membakar lebih banyak kalori.

Berdasarkan MyFitnessPal, secara purata pergerakan sit-up dapat membakar lemak sebanyak 3 hingga 9 kalori seminit bergantung kepada intensiti sit-up yang dilakukan.

senaman sit-up

Kredit Foto : fitbodyhome.com

Baca juga: Tanda Kekurangan Oksigen Dalam Badan & Petanda Senyap ‘Happy Hypoxia’

Kesilapan Ketika Membuat Sit-Up

Walaupun memiliki pelbagai kelebihan, tahukah anda, senaman ini boleh menyebabkan sakit belakang jika ia tidak dilakukan dengan betul.

Malah, jika anda melakukannya dengan postur yang salah, ia boleh menyebabkan kecederaan.

Menurut kajian, lenturan tulang belakang yang berlebihan mungkin akan memberi tekanan pada tulang belakang dan menyebabkan kecederaan pada bahagian belakang tubuh.

Maka, penting untuk anda mengetahui cara membuat senaman sit-up ini dengan betul ya!

senaman sit-up

Cara Membuat Senaman Sit-Up Untuk Beginner

Untuk mendapatkan manfaat sit-up secara menyeluruh dan bagi mengelak kecederaan, anda perlulah melakukan sit-up dengan betul.

Cara senaman sit-up dengan betul adalah seperti berikut :

1. Baringkan badan pada permukaan rata. Bengkokkan lutut dan letakkan kedua-dua tapak kaki pada lantai.

2. Letakkan kedua-dua tangan pada posisi yang selesa sama ada di belakang kepala atau dada. Pastikan badan berada dalam kedudukan selesa.

3. Perlahan-lahan, angkatkan bahagian atas badan mendekati lutut. Fokuskan pada otot pinggang dan pinggul ketika mengangkat badan. Untuk elak bebanan pada tengkuk, pandang ke hadapan dengan memastikan dagu terletak jauh dari dada.

4. Baringkan semula badan kepada posisi asal. Ulangi beberapa kali pergerakan sit-up mengikut kemampuan badan anda.

senaman sit-up

Kredit Foto : brainstudy.info

 

Ingin Mulakan Senaman Sit-Up? Ini Tips Berguna Buat Anda

  • Bagi pemula, jangan fokus pada bilangan sit-up yang dilakukan, tetapi kemaskan dahulu pergerakan dan postur.
  • Untuk membiasakan badan dengan pergerakan sit-up,anda boleh mulakan dengan 12 ke 15 kali ulangan untuk 1 set.
  •  Pastikan anda mengambil masa rehat antara set selama 60 ke 90 saat. Anda boleh ulangi sit-up sebanyak 2 ke 3 set untuk setiap sesi senaman.

Kekuatan otot pada bahagian perut, pinggang dan belakang merupakan komponen yang penting dalam kesihatan fizikal.

Senaman sit-up didapati dapat memberi kesan baik pada badan dengan membaiki postur, meningkatkan stabiliti serta stamina.

Ia juga merupakan senaman sesuai yang boleh dilakukan di rumah tanpa memerlukan alatan senaman khas.

Pastikan anda melakukan regangan dan lakukan sit-up dengan cara yang betul dan mengikut kemampuan fizikal masing-masing bagi mengelakkan kecederaan.

Baca juga: 7 Kesan & Kelebihan Senaman Plank Jika Dibuat Setiap Hari

Sumber rujukan :

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×