Rakyat

Cara Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) & Membuat Rayuan

481
SHARES

Mulai Selasa, 15 Oktober semalam, seramai 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) boleh menyemak kelayakan mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sekiranya ada nama penerima bantuan yang tercicir, mereka boleh melengkapkan maklumat melalui fungsi rayuan dalam portal itu.

Beliau berkata data penerima PSP daripada golongan B40 itu adalah berdasarkan data asas penerima BSH yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan, dan ia disilang semak dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Silang semak dilakukan berdasarkan kriteria pemilikan kenderaan yang layak untuk bantuan PSP. Hasil silang semak ini, kementerian mengenal pasti 2.9 juta penerima bantuan PSP daripada golongan B40 yang layak untuk menerima subsidi ini.

Syarat Kelayakan

Seperti yang diumumkan sebelum ini, syarat kelayakan bantuan PSP adalah seperi berikut:

 

Cara Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)

Untuk menyemak kelayakan bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) ini, ikuti langkah di bawah ini.

1. Layari laman sesawang berikut:

http://psp.kpdnhep.gov.my

2. Masukkan maklumat nombor Mykad di ruang yang tertera pada paparan skrin.

3. Semak status / kemaskini

Permohonan Baru / Rayuan

Jika nama anda tercicir, anda boleh membuat rayuan dengan menekan butang ‘Ingin Merayu’.

Kemudian isikan maklumat berkenaan.

Jika ada daripada golongan yang layak menerima BSH dan memiliki kenderaan sepertimana kriteria dalam PSP tetapi belum berdaftar dengan BSH, anda diminta untuk segera mendaftar program BSH dengan Kementerian Kewangan.

Permohonan Daripada Bukan Penerima BSH Akan Diumumkan Kelak

Untuk makluman, semakan kelayakan buat masa ini belum lagi termasuk golongan bukan penerima BSH yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam ucapan Belanjawan 2020.

Proses serta tarikh permohonan baharu untuk penerima PSP daripada golongan bukan penerima BSH akan diumumkan setelah butiran pelaksanaannya diperhalusi bersama Kementerian Kewangan dalam masa terdekat nanti.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus melalui hotline 1800886800, e-mel: [email protected] atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2786356.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×