Kain batik adalah antara pakaian ‘tradisi’ kaum wanita sejak zaman-berzaman, khususnya bagi masyarakat Melayu. Seperti di negara kita, umumnya kain batik sering dipakai oleh semua peringkat umur wanita, dari remaja, dewasa hinggalah ke warga emas. Terutama sekali bila pulang ke kampung, memang tak sah kalau tak sarungkan kain batik kepunyaan nenek bukan?
Namun, betulkah cara pemakaian kain batik yang kita amalkan selama ini? Tahukah anda, sebenarnya setiap cara pemakaian kain batik adalah berbeza maksud dan tujuannya. Ikuti penjelasan oleh seorang wanita peminat tegar kain batik bernama Siti Izwana Shaikh Ismail ini.
RUPA-RUPANYA CARA PAKAI KAIN BATIK PUN ADA BETUL SALAH…
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih tidak ‘alert’ dengan cara pemakaian kain batik yang betul. Tetapi, tahukah anda bahawa cara lipatan mengikut ‘kepala kain’ turut memainkan peranan dan membawa maksud berbeza.
Ada org tanya aku.. kenapa aku kisah sgt dengan kepala kain batik. Mana kepalanya, mana pulak kakinya… Aishhhh… Hampa tau dak kain batik ni ada cara nak pakai.. bukan main sebat jaaa..Salah pakai, hampa bawak maksud yang salah nanti, bahayaa.
(Tapi aku yakin amat, zaman la ni orang tak tau pun apa maksudnya)
Anyway, ini maksud-maksud kalau hampa pakai kepala kain tu:
Belakang = isteri orang
Depan = anak dara
Kiri = balu
Kanan = wanita bercerai hidup
Kepala kain tu yang mana?
Ni, hat ni.
Yang mana anak dara, yang bujang tuuu, jangan dok gatai pi pakai belakang pulak, satgi gaduh la orang tak mai meminang.
Dapat sesuatu?
#AkuMinahKainBatik
#KainBatikLaBest
#RugiTakRetiPakai
*Baru tahu! Jadi, selepas ini kalau nak pakai kain batik pastikan belahan kain tersebut adalah betul ya!
Sumber: Siti Izwana Shaikh Ismail