Dapur

Doktor Kongsi 5 Cara Mudah Hilangkan Pijar Tangan Kerana Cili

46
SHARES

“Adui! Pijar pula tangan lepas potong cili,”

Sudah menjadi kebiasaanya, selepas memotong atau memegang cili pasti membuatkan jari-jemari dan juga tangan rasa panas, pedih dan gatal-gatal atau dipanggil pijar.

Antara cara sering kita cuba pastilah merendam tangan dalam air asam jawa ataupun air biasa sahaja. Kalau tetap tak berjaya juga, apa kata cuba cara hilangkan pijar tangan seperti yang dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin. Jom kita baca!

Baca juga: Cara Hitamkan Semula Seluar Hitam Yang Pudar, Jadi Macam Baru Beli!

DOKTOR KONGSI 5 CARA MUDAH HILANGKAN PIJAR TANGAN

“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”  

Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.

Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Walaupun tak larut air, capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:

1.  SUSU

Susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.

2. MINYAK

Jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.

3. CUKA

Capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.

4. ALKOHOL

Capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.

5. LOSYEN

Gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.

Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa. Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×