Rumah

8 Cara Hilangkan Bau Kencing Kucing Yang Kuat Menyengat. Stres Dibuatnya!

343
SHARES

“Aduhhh kucing ni bertuah betul… Ada ke patut dia kencing dalam kasut aku. Bau dahlah kuat. Boleh hilang ke ni???”

Bau kencing kucing memang kuat dan susah dihilangkan. Kalau tak kena cara, dah 3-4 kali cuci pun tak hilang-hilang juga.

Biasanya yang suka kencing ni kucing jantanlah. Bukannya setakat di lantai, habis di dinding pun dia boleh pancut. Geram juga dibuatnya kalau harta benda kita asyik kena kencing, kan?

Menurut laman web PetMD, urin atau air kencing kucing berbau kuat kerana ia adalah salah satu cara mereka ‘menandakan’ kawasan mereka selain menarik perhatian kucing betina.

Walaupun bau kencing kucing ni pekat dan kuat, tapi sebenarnya ada cara untuk anda lakukan bagi menghilangkannya.

Jom tengok beberapa tips di bawah.

8 Petua & Cara Hilangkan Bau Kencing Kucing Dengan Berkesan

1. Serap Guna Tisu Sebanyak Boleh

Ini tips yang paling penting yang kita kena buat bila terjadinya insiden yang tak diingini ini.

Pastikan serap dulu air kencing kucing tu sebelum anda tonyoh atau gosok dengan kain. Ini untuk elakkan air kencing tu merebak dan menyebabkan ia lagi sukar ditanggalkan nanti.

Jadi, gunakan tisu dapur banyak-banyak dan tekap pada permukaan yang terkena kencing kucing tadi. Kalau tak nak membazir, tekapkan guna kain yang dah tak pakai. Serapkan atau lapkan sebanyak mana yang boleh. Lepas tu terus buang dan barulah buat deep cleaning atau cuci betul-betul.

cara cuci karpet

Foto Kredit: bhg.com

2. Cuka

Antara bahan di rumah yang paling berkesan nak hilangkan bau kencing kucing ini ialah cuka makan.

Campurkan cuka dengan air suam dan masukkan ke dalam botol spray.

Semburkan ke bahagian yang terkena air kencing kucing tu dan gosokkan berulang kali.

Kalau nak lebih berkesan, campurkan cuka dengan soda bikarbonat dan tuangkan campuran tersebut pada tempat yang telah dikotori tadi. Biarkan sekejap ia meresap dan bilaskan.

petua halau semut

Foto Kredit: tescoliving.com

3. Soda Bikarbonat

Selepas mencuci dengan cuka, gunakan lagi soda bikarbonat ni untuk ditaburkan pada tempat yang terkena air kencing kucing tu.

Contohnya kalau kucing kencing dekat sofa, taburkan banyak-banyak soda bikarbonat selepas dah cuci dengan cuka.

Serbuk soda bikarbonat akan menghilangkan bau kencing kucing selepas dibiarkan semalaman.

Foto Kredit: cnet.com

4. Serbuk Kopi / Teh / Bedak Talkum

Selain serbuk soda bikarbonat, ada juga yang kata boleh gunakan bedak talkum atau serbuk kopi atau teh untuk fungsi yang sama.

Kalau guna serbuk kopi, mungkin lebih sesuai untuk dalam kasut atau kereta. Ikatlah dulu macam yang di bawah ni.

cara hilangkan bau kereta

Foto Kredit: teeneelanna.com

Atau boleh terus guna uncang teh macam ni.

Foto Kredit: karday.ru

5. Arang

Kalau tak berkesan juga, apa kata cuba gunakan arang yang orang buat BBQ tu.

Caranya, bubuh beberapa ketul ke dalam bekas yang tak pakai. Kemudian lepas dah cuci, letak pada tempat yang bau kencing tu.

Arang ini pun fungsinya menyerap bau yang tidak menyenangkan.

Foto Kredit: eleganthomes.xyz

6. Surat Khabar

Lepas dan cuci betul-betul, cuba letakkan surat khabar yang lembab atau dah dibasahkan sedikit pada tempat yang berbau hancing.

Biarkan semalaman atau lebih lama lagi. Gunakan banyak lapisan agar ia dapat menyerap bau kencing kucing yang kuat tadi.

Cara hilangkan bau kencing kucing

7. Garam + Lemon

Garam dan lemon boleh dicampurkan untuk membuat pencuci DIY yang baik. Sesetengah sabun pencuci pinggan pun ada yang berenzim dan boleh menanggalkan kesan bau yang kuat.

Selepas dicuci dan dibilas beberapa kali, spraykan lagi dengan air perahan lemon untuk menghilangkan baunya.

8. Sabun Pencuci Enzim

Bukan sebarang jenis sabun boleh hilangkan bau kencing kucing yang kuat.

Kalau semua cara di atas masih tak jalan, carilah pencuci jenis enzim yang dibuat khas bagi meleraikan asid yang terkandung dalam air kencing kucing tersebut.

Ada banyak jenis produk pencuci enzim yang boleh dibeli di pasaran, contohnya seperti dalam gambar di bawah ini. (*kami tak jual ya!)

Cara hilangkan bau kencing kucing

Selain itu, ada juga yang cadangkan untuk guna sabun Taharah, iaitu sabun yang biasa digunakan untuk sertu / samak. Sabun ini dikatakan berkesan sebab ia diperbuat daripada 90% tanah liat yang membantu menghilangkan bau dengan cukup efektif.

Tapi ia bukanlah akan menyebabkan fabrik anda kotor dan bertanah, ia macam sabun biasa juga cuma bahan utamanya adalah tanah liat. Namun baunya cukup wangi dan menyegarkan. (*ini pun kami tak jual juga).

Cara hilangkan bau kencing kucing

Elak Kucing Kencing Lagi

Kalau perasan ada kesan air kencing kucing, janganlah bertangguh daripada mencucinya. Sebabnya bau akan bertambah kuat dan makin sukar nak dihilangkan kalau kita lambat bertindak.

Kucing juga akan datang balik dan makin suka ‘membuang’ dekat tempat yang dah di’tanda’kan tadi.

Jadi sebab itulah kena pastikan bau kencing kucing tu betul-betul hilang. Boleh spraykan serai wangi atau bubuh cat repellent untuk elakkan mereka datang lagi.

Ulangi langkah di atas untuk beberapa hari sebab kadang-kadang walaupun kita dah tak bau, kucing masih boleh menghidunya lagi!

Apapun, memang kena banyak sabar bila terkena kencing kucing pada barang yang kita sayang. Boleh stres juga kalau asyik nak kena menghadap masalah ni kan?

P/S: Siapa yang ada idea yang lagi best dan berkesan, bolehlah kongsikan dengan kami di ruangan komen ya. Semoga ramai dapat memanfaatkannya bersama. Terima kasih!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×