Famili

Cara Daftar Kelahiran Anak Secara Online Melalui Website JPN Sepanjang PKP, Mudah!

63
SHARES

Berita baik untuk semua yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda kini boleh membuat pelbagai urusan secara atas talian, terutamanya dalam tempoh PKP ini. Antara urusan yang mendapat permintaan ramai adalah tentang pendaftaran kelahiran secara online. Maklumlah, bila dah PKP dan kes Covid-19 semakin meningkat, agak sukar untuk si ibu keluar bersama bayi ataupun untuk berurusan di luar.

Jadi, jangan risau kerana anda boleh sahaja memohon pendaftaran kelahiran secara online di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara.

Cara Permohonan Pendaftaran Kelahiran Online JPN

1.Layari Portal JPN : https://www.jpn.gov.my

2.Klik pada pautan Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian di bawah menu Perkhidmatan “Dalam Talian” (atau terus scan QR code dalam poster di atas).

3.Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my

4.Paparan utama laman sesawang sistem adalah seperti yang tertera di bawah. Pengguna perlu mendaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan log masuk ke sistem.

i. Klik butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar bagi kali pertama; atau

ii. Klik Log Masuk jika sudah mendaftar

Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.

Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran

i. Pastikan ruangan nama penuh di lengkapkan dengan nama sama seperti di kad pengenalan dan;

ii. Alamat emel yang di berikan adalah wujud untuk tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun. Pengguna akan menerima emel dari [email protected].

Sila klik pada butang yang tertera bagi mengaktifkan akaun anda.

Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna. Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan perjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.

Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
Pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.

Cara Isi Borang Daftaran Kelahiran Online JPN

Pengguna hendaklah membaca semua terma & syarat yang telah disenaraikan. Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang – Setuju untuk meneruskan permohonan.

Pengguna perlu melengkapkan borang tersebut, dan klik butang “Seterusnya”.

Teruskan dan klik butang “Daftar”.

Lengkapkan status Taraf Perkahwinan dan klik butang “Daftar”.

Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.

Anda perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran negara yang berdekatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.

*Rujuk manual oleh Jabatan Pendafataran Negara JPN di SINI.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×