Rumah

Cara Buat ‘Wetfood’ Untuk Anak Kucing Di Rumah, Barulah Gebu Dan Sihat!

721
SHARES

Siapa merupakan peminat kucing? Buat anda yang memelihara kucing di rumah, pasti anda menyediakan makanan yang berkhasiat untuk kucing-kucing kan? Ternyata, harga makanan kucing yang dijual di pasaran agak mahal juga kalau anda memelihara kucing yang banyak di rumah. Boleh lari bajet bulanan nanti. Jadi, salah satu inisiatif yang boleh diambil adalah untuk menyediakan wet food secara homemade untuk kucing anda! Barulah kucing sentiasa sihat dan bulu pun cantik.

Step 1

Ikan tongkol/tuna/ayam 1kg
Carrot
Agar-agar tali
Vitamin kucing (pilihan)

Step 2

Bersihkan ikan dan rebus dalam periuk sehingga masak

Step 3

Asingkan isi ikan dari tulang. Kalau guna ikan lebih kecil..boleh blender sekali tulang dan tapis.

Step 4

Blender isi ikan tadi dengan carrot menggunakan air rebusan ikan sehingga hancur atau separuh hancur

Step 5

Dah hancur tuangkan isi tadi ke dalam lebihan air rebusan. Hidupkn api dan masak seketika.

Step 6

Masukkan separuh sahaja agar-agar tadi..separuh lagi boleh simpan untuk minggu hadapan. 1/2 agar2 = 1kg ikan/ayam

Step 7

Masak agar-agar tadi sehingga hancur..Dah hancur boleh tutup api.

Step 8

Tuang isi agar-agar tadi dalam bekas. Tunggu suam-suam kuku kucing.

Step 9

Agak-agak dah suam-suam kuku kucing…bolehlah letakkan sikit vitamin kucing. Sukat yee cukup 0.5ml taknak letak pun xpa, pilihan.

Tadaaa siap 4 bekas = 1 minggu
1 ari 5-6x makan (3 sudu besar)
Kos anggaran lebih kurang RM13- RM15

Selamat mencuba!

Sumber :Lina Ramlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×