Dapur

Cara Buat Telur Sarang Macam Di Restoran, 2 Minit Dah Siap!

5.7K
SHARES

Telur sarang merupakan antara tarikan lain selain membuat telur dadar dan telur mata kerbau. Kebanyakkan telur sarang ini dimakan bersama laksa seperti apa yang telah viral sebelum ini. Namun, ramai yang dah mencuba untuk membuat telur sarang tapi tak menjadi! Jadi, jom ikut cara ini supaya anda boleh dapat telur sarang macam yang dipesan di kedai makan.

Cara buat Telur sarang macam di kedai

Bahan-bahan

Telur sebiji

2 stgh sudu besar air putih/paip

Garam pink sikit kalau nak.

Minyak yang banyak .

Kuali

Cara-caranya

-Panaskan kuali dengan api yang besar sangat, tuang minyak yang banyakkk. Biar sampai berasap (tipu je).

-Kacau telur, masukkan air, kacau lagi dengan kelajuan angin membelah lautan sampai berbuih-buih telur uols.

-Lepas tu tuang telur dalam minyak yang panas, tarik  mangkuk tu tinggi-tinggi setinggi Burj tower supaya telur tu jatuh dengan tali halus dalam kuali dan menghasilkan letusan gunung berapi lalu merebak ke seluruh minyak.

-Tutup api besar/kecilkan api. Sila tunggu dengan sabar sambil buat air teh o boleh cicah biskut hupseng.

-Bila dah nampak tepi garing, boleh terbalikkan.

-Sila tuggu dengan kesabaran lagi. .

-Terbalikkan lagi skali bila dah garing. Angkat dan toskan.

-Kalau tak suka telur garing sangat, boleh reduce cooking time.

Video penuh.

Sumber : Alia Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×