Dapur

Cara Buat Taufu Fa Lembut Macam Di Pasar Malam, Sedap & Memang Berbaloi!

104
SHARES

Manis, sedap, dan lembut. Hampir daripada kita semua memang suka makan taufu fa, mudah nak dapatkan kerana sering dijual di gerai-gerai atau di mana-mana pasar tani dan pasar malam. Kali ni mari cuba buat sendiri, dapat banyak dan lagi puas hati. Lembut pula tu!

BAHAN-BAHAN BUAT TAUFU FA

– Soya 2 liter (tidak kisah apa-apa jenis soya)

– Agar-agar

– Gula melaka

– Gula putih

– Daun pandan

– Halia (pilihan)

CARA PENYEDIAAN

1. Tuang satu cawan air dan masukkan agar-agar (jika 12 gram gunakan separuh sahaja bukan satu bungkus supaya tak jadi macam puding).

2. Lepas agar-agar larut dan sebati, tuangkan 2 liter soya (boleh tambah gula jika soya yang dibeli kurang manis).

3. Biarkan mendidih dan tutup api. Setelah itu, tuang dalam bekas besar.

4. Cairkan satu keping gula melaka tambahkan dua sudu gula putih, masukkan  air tiga cawan dan masukkan daun pandan serta halia tadi. Jangan lupa tapis.

5. Tadaa dah jadi, masukkan dalam peti ais selama 2-3 jam dan boleh dimakan.

Sumber : Anna Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×