Dapur

Cara Blend Cili Kisar Supaya Tak Berkulat Walaupun Disimpan Berbulan-Bulan

225
SHARES

Senang kalau ada stok cili yang dah siap kisar di rumah. Bila-bila nak masak tinggal keluarkan saja tetapi masih ramai yang tidak pasti cara supaya cili yang dikisar bertahan lama. Ada cara supaya cili boleh disimpan dan bertahan sehingga berbulan-bulan, jika ikut langkah simpanan yang betul cili boleh bertahan sampai setahun tau.

CARA BLEND CILI SUPAYA TAHAN LAMA

Ini cara saya blend cili kering tahan lama. Kadang-kadang sampai sebulan masih elok tak berkulat.


1. Rebus cili kering hingga mendidih. Tutup api. Toskan air, tak perlu basuh untuk kali kedua. Terus masuk blender dan kisar.


2. Blend- cili kering + air tapis + minyak masak & bawang putih. Tak boleh guna air paip sebab ada klorin jadi pes akan cepat berkulat, jika tiada air tapis guna air masak yang dah dimasak.


3. Masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais bawah. Tahan 2 minggu – 1 bulan, kalau simpan dalam peti beku, tahan setahun.


4. Kalau nak masukkan bawang besar, selepas di blend. Cili kena masak balik hingga bawang dan cili serasi, betul-betul masak serta pekat. Pes tak tahan lama berbanding hanya masukkan bawang putih sahaja.


5. Bawang putih anti bakteria, jadi tak perlu risau jika dikisar mentah sebab tak berkulat jika ikut langkah yang betul.

Sumber: CT Liz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×