Rakyat

Ini Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Cuti Krismas, Elak Sesak

6
SHARES

Sempena cuti Perayaan Krismas & Tahun Baharu bermula 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023, Lebuhraya PLUS mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA). Di bawah merupakan cadangan waktu untuk anda rancang perjalanan sebelum bergerak pulang ke kampung masing-masing. Pandu cermat, jiwa selamat.

Baca juga: Apa Perlu Buat Jika Anak Lemas? Ini 6 Langkah Kecemasan Mak Ayah Kena Tahu

INI CADANGAN WAKTU PERJALANAN LEBUHRAYA UTARA-SELATAN CUTI KRISMAS

TTA dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang.

Ia bermatlamat untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan terkumpul di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.

Sekiranya perjalanan ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor bermula 23 Disember, anda disarankan untuk memulakan perjalanan sebelum jam 10.00 pagi. Manakala 12.00 tengahari – 4.00 petang untuk ke negeri lain. Perjalanan kembali ke Lembah Klang di sarankan bergerak sebelum jam 10.00 pagi untuk semua negeri.

Pelanggan lebuh raya turut disarankan menggunakan aplikasi yang lain seperti Waze dan Google Maps ketika perjalanan. Pelanggan juga dinasihatkan supaya masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran yang sama dan menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000, jika berlaku kecemasan dan mahu mendapatkan bantuan di lebuh raya.

Sumber: PLUS Malaysia Berhad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×