Dapur

Bukan Hanya Pasta, Roti Pun Boleh Buat Carbonara Tau! Ini Resepinya…

33
SHARES

Teringinkan snek makan petang yang sedap tapi mudah? Anda boleh cuba resipi roti goreng carbonara ini. Selain boleh dijadikan kudapan ringan, menu ini juga sesuai dijadikan sebagai bekal untuk dibawa ke pejabat atau bekal anak-anak bawa ke sekolah, hanya dengan menyiapkan roti yang sudah berisi inti dari malam dan goreng sahaja keesokan harinya. Jimat masa!

BAHAN-BAHAN

– 1 biji bawang holland (1 holland onion)

– 200g isi ayam cincang (200g ground chicken)

– 2 tin kecil sos carbonara (2 small can carbonara sauce)

– 1/2 cawan susu segar (1/2 cup fresh milk)

– roti sandwich (sandwich bread)

CARA – CARA PENYEDIAAN INTI KARBONARA

1. Tumiskan satu biji bawang holland.

2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang dan tumis sehingga garing sedikit.

3. Masukkan dua tin kecil sos karbonara.

4. Masukkan setengah cawan susu segar.

5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam bekas atau tupperware.

PENYEDIAAN ROTI GORENG

1. Lenyekkan roti.

2. Letakkan inti carbonara tadi.

3. Lapiskan dengan satu lagi kepingan roti.

4. Tekap roti menggunakan cawan.

5. Anda akan dapat roti berbentuk seperti ini.

6. Pastikan minyak telah betul-betul panas dan goreng.

Tadaaaa… siap dan sedia untuk dinikmati kerangupannya.

Sumber: Khairul Aming 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×