Famili

Buat Pencinta Makanan, Ini Bufet Ramadan ‘Tak Lapuk Dek Zaman’ Dari Ketam Viral Anda Kena Cuba!

2
SHARES

Ketam Viral, restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi ini mempamerkan kehebatan Chef Wan Rathnor di dalam dunia masakan. Ramadan tahun ini adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan kerana Ketam Viral telah melancarkan bufet Ramadan dengan temanya “Tak Lapuk Dek Zaman”.

Tema ini membawakan gabungan pelbagai hidangan tradisional yang jarang ditemui serta sajian kegemaran Malaysia untuk anda nikmati. Untuk menjadikan pengalaman bufet Ramadan kali ini lebih luar biasa, anda boleh menambah sajian ketam istimewa yang disediakan panas-panas dari dapur Ketam VIral. Hidangan ketam yang menjadi pilihan adalah; Chilli Crabs, Salted Egg Crabs, Ketam Kam Heong dan Ketam Buttermilk Lurpak.

BUFET RAMADAN ‘TAK LAPUK DEK ZAMAN’ DARI KETAM VIRAL KENA CUBA

Bufet Ramadan Ketam Viral kali ini membawakan keistimewaan di mana, stesen masakan secara langsung oleh chef handalan akan memasak secara langsung untuk para pelanggan demi membawa kehebatan alam kulinari yang klasik dan mengagumkan.

Terdapat 5 Stesen Masakan yang berbeza dan setiap stesen menawarkan pelbagai pilihan menu menarik, termasuk stesen memanggang serta stesen masakan Malaysia yang jarang ditemui dengan aroma ‘wok hei’ dan ‘kawah’. Selain itu, terdapat juga Stesen Masakan hidangan goreng-gorengan juga pencuci mulut yang pastinya memukau selera anda seperti:

  • Bakar Arang (Ikan, Udang, Ayam, Daging, Kambing, Menu Istimewa Hari Ini)
  • Dapur Panas (Nasi Goreng, Mee Goreng, Gulai Kawah)
  • Celup Goreng (Pisang, Keledek, Sayur-Sayuran, Udang Geragau, Anak Ketam,
    Sotong, Ulu Badai)
  • Tebar Jala (Roti Canai, Roti John, Roti Jala)
  • Pencuci Mulut Sejuk (Ais Kacang, Cendol, Laicikang)

Aneka juadah yang menyelerakan di gerai pameran makanan dengan seleksi pilihan yang lebih berat seperti bubur manis & lemak berkrim, hidangan berasaskan sup dan aneka mi, rojak buah, pasembur dan gado-gado.

HIDANGAN UTAMA YANG MENGIURKAN

Setelah anda merasai aneka menu pembuka selera, mari kita lihat Hidangan Utama. Set hidangan Ramadan yang amat istimewa ini akan berbeza untuk setiap hari bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati pilihan masakan yang enak.

Antara menu yang ada:

  • Ayam masak kicap
  • Daging rendang
  • Udang sambal
  • Siakap lemak kantan
  • Ketam masak lemak

  • Lasagna ketam
  • Ayam gajus cili kering
  • Sayur campur goreng
  • Petola masak air dan banyak lagi.

Tak lengkap rasanya jika tiada hidangan penutup yang enak iaitu pencuci mulut yang wajib ada untuk anda. Nikmati kepelbagaian manisan memukau seperti hirisan kek, puding, kuih muih melayu, aiskrim Malaysia dan lain-lain.

JANGAN LEPASKAN PELUANG TEMPAH BUKA PUASA DI SINI

Untuk tempahan biasa, tempat duduk akan diatur dengan teliti bagi memastikan ruang yang mencukupi dan selesa di antara para pelanggan. Harga yang ditawarkan ini amat berbaloi dengan pengalaman makan dan suasana yang akan anda alami:

– Early Bird Specials: RM142+ (Jimat RM20) – bermula 25 Februari hingga 16 Mac 2023.

– Harga Biasa RM162+

– Harga kanak-kanak pada RM85+ (antara 3-10 tahun)

– Kanak-kanak (bawah 3 tahun) – Percuma

Sila WhatsApp atau hubungi Ketam Viral untuk tempahan di 012-580 5113 atau anda boleh layari laman web untuk maklumat lanjut di www.ketamviral.restaurant/ramadan-buffet-2023! Jom tempah sebelum terlambat!

Bagi memuliakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, ingin kami umumkan juga bahawa 2% daripada setiap resit pembelian anda akan terus disumbangkan ke Rumah Bakti Al-Kausar & Rumah Pengasih Warga Prihatin.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×