Advertorial

BREAKOUT Nu Sentral Muncul Dengan Perpetual, Bilik Bertema Yang Paling Susah!

16
SHARES

Breakout Malaysia menyambut ulangtahun ke-2 dengan melancarkan bilik bertema ke-12 di cawangan NU Sentral. Sejak pembukannya pada tahun 2014, Breakout Malaysia telah memukau rakyat Malaysia dengan cabaran permainan melepaskan diri dengan pelbagai bilik bertema dengan beberapa tahap kesukaran. Tema yang baru dilancarkan dipanggil PERPETUAL, dan dikatakan bilik yang paling sukar berbanding bilik-bilik permainan yang lain.

“PERPETUAL adalah bilik yang paling mencabar dengan tahap kesukaran 9.5/10. Kali ini, ia melibatkan lebih banyak interaksi fizikal di sepanjang permainan,” ujar Pengarah Kreatif Breakout, Johnny Ng.

dsc08071

Selepas dua tahun di dalam industri dan dianugerahkan Sijil Kecemerlangan daripada TripAdvisor di bawah kategori Fun and Game di Kuala Lumpur, Breakout telah mempertimbang pelbagai aspek dan maklumbalas daripada pelanggan-pelanggan sewaktu proses pengkonsepan PERPETUAL.

Bagaimana permainan ini berjalan? Pemain akan diberi misi oleh pelelong terunggul dunia untuk mencuri artifak berharga daripada sebuah kediaman majestik. Bagaimanapun, para pemain akan mengetahui cerita di sebalik tabir yang sebenar. Mereka diperlukan untuk merungkai misteri tersebut dan bagaimana cerita tersebut berkait dengan nama bilik tersebut – PERPETUAL.

dsc08052-copy

“Akan terdapat banyak liku-liku di dalam plot tersebut, terutamanya di penghujung cerita,” Johnny memberikan sedikit bayangan. Keunikan bilik ini menjadikan jalan cerita lebih rumit, dan menawarkan pengalaman yang menakjubkan.

Bagi keseluruhan arah kreatif dan program dalaman, bilik ini dihias dan diinspirasikan menggunakan tema 90-an. Breakout mensasarkan untuk menampilkan tema seakan sebelum abad ke-21, iaitu sebelum bermulanya ‘Y2K’.

“PERPETUAL akan mempunyai dua bahagian di mana para pemain akan alami perbezaan yang ketara di antara kedua-dua buah bilik. Kami tidak mahu menonjolkan pandangan berlebih-lebihan apabila kami memilih tema 90-an bagi permainan ini. Kami mahu keseluruhan pandangan boleh dihubungkait dengan pelanggan-pelanggan kami,” ujar Eddie Lam yang merupakan Ketua Pereka di Breakout.

Kunjungi BREAKOUT Nu Sentral di Tingkat 4 (bersebelahan Celebrity Fitness) hari ini!

 

Mengenai BREAKOUT

BREAKOUT adalah hak milik penuh Superdough Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh 5 orang individu muda, dinamik dan bervisi untuk mencipta pengalaman baru yang unik dan memberi inspirasi kepada masyarakat kini. Superdough lahir daripada pertembungan secara harmoni di antara daya imaginasi kreatif dengan ilmu sains kejuruteraan.

Tidak ada satu idea atau cabaran yang tidak boleh ditangani mereka. Seperti namanya juga, ‘Superdough’ adalah seperti tepung yang boleh diadun dan dibentuk menjadi apa jenis saiz dan acuan mengikut keperluan pasaran semasa. Dan yang paling pentingnya adalah mencipta gaya hidup dan pasaran baru penuh nikmat yang tidak boleh didapati di mana-mana. Sila layari laman web BREAKOUT di www.breakout.com.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×