Advertorial

45 Minit Yang Luarbiasa. Alami Permainan BREAKOUT Yang Lain Daripada Yang Lain!

1
SHARES

Satu fenomena baru sedang melanda negara kita dan menampilkan kelainan, iaitu permainan Breakout akan memberikan anda pengalaman 45 minit yang tidak akan anda lupakan. Dan kita tidak perlu pergi jauh untuk beriadah dan berseronok sambil bermain permainan indoor ini.

Breakout Real Escape Game (Avenue K & Nu Sentral)

DSC01352

Dengan lokasi pertama di Avenue K dan baru sahaja disusuli dengan lokasi kedua yang baru dibuka di Nu Sentral, sudah terbukti permainan escape seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Berapa harga tiket Breakout?

Harga tiket Breakout adalah seperti berikut. Sangat berpatutan!:

Bilangan orang setiap bilik 2 3 4 5 6 7 8
Harga (RM)
(termasuk 6% GST)
106.00 143.10 169.60 201.40 241.70 267.10 305.30

Lagi ramai yang anda dapat bawa untuk bermain bersama, maka lagi murahlah setiap permainan. Tetapi samada anda bermain berdua atau berkumpulan sehingga lapan orang, masing-masing boleh membawa watak yang anda akan tentukan pada awal permainan.

DSC01804

Ada watak seperti Lightbringer yang juga merupakan ketua yang mempunyai kalung lampu untuk menerangi kawasan gelap, Scholar yang merupakan golongan cendekiawan yang mempunyai kebolehan untuk meminta petunjuk, Time Bender yang berkebolehan meminta waktu tambahan sebanyak 5 minit; dan bermacam-macam lagi. Kiranya kita nanti akan selami dan menjiwai watak sepanjang permainan.

DSC01839 IMG_9514

Semasa permainan berjalan, anda akan melakonkan watak sambil menyelesaikan masalah yang diberikan. Setiap orang akan mempunyai tugasan yang berbeza-beza dan kerjasama di antara pemain sangat penting bagi memperolehi petunjuk lalu menyelesaikan masalah.

Tesla

Bagi setiap masalah yang anda selesaikan, anda semakin menghampiri jalan keluar daripada bilik permainan. Tetapi anda harus cepat bertindak, kerana anda hanya ada 45 minit untuk keluar atau anda dikira kalah.

 

Apa beza Breakout Avenue K dan Breakout Nu Sentral?

Di Avenue K, terdapat 5 bilik permainan berbeza manakala di Nu Sentral pula, terdapat 7 bilik permainan berbeza yang mempunyai persekitaran dan masalah yang berbeza-beza.

rembrant

Juga tahap kesukaran setiap bilik tidak sama. Kesemua bilik akan membawa anda ke zaman yang berbeza-beza.

tesla

Sebagai contoh, bilik Dreadnought akan membawa kepada anda pengalaman berada di atas kapal pada zaman ais, bilik The Testament of Tesla menampilkan Nikola Tesla dengan eksperimen beliau untuk menjana tenaga elektrik bagi menerangi dunia dan The Secret of Hocus di mana anda akan dibawa ke alam yang penuh magik.

dreadnought

Mesti best kan dapat pergi ke zaman lain? Bersedialah untuk pengembaraan yang sungguh menakjubkan.

terraformed

Saya pasti setiap daripada anda mempunyai kreativiti dan kepakaran yang berbeza-beza bukan? Di sini anda perlu gunakan kreativiti, kepakaran penyelesaian-masalah dan kerjasama yang utuh bagi mengharungi permainan Breakout ini. Saya pasti dengan masa 45 minit yang diperuntukkan, masa seakan sangat cepat berlalu kan?

Bagaimana untuk booking?

Untuk membuat tempahan bilik, tidak perlu susah-usah. Anda boleh terus ke laman web Breakout di bawah ini:

http://www.breakout.com.my/nu/book/

Anda perlu datang ke sini dan alaminya sendiri. Pasti anda akan dapat rasai 45 minit yang luarbiasa dan lain daripada lain.

[infobox title=’Tentang Breakout’]

DSC01352

BREAKOUT adalah hak milik penuh Superdough Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh 5 orang individu muda, dinamik dan bervisi untuk mencipta pengalaman baru yang unik dan memberi inspirasi kepada masyarakat kini. Superdough lahir dari pertembungan secara harmoni di antara daya imaginasi kreatif dengan ilmu sains kejuruteraan.

Tidak ada satu idea atau cabaran yang tidak boleh ditangani mereka. Seperti namanya juga, ‘Superdough’ adalah seperti tepung yang boleh diadun dan dibentuk menjadi apa jenis saiz dan acuan mengikut keperluan pasaran semasa. Dan yang paling pentingnya adalah mencipta gaya hidup dan pasaran baru penuh nikmat yang tidak boleh didapati di mana-mana.

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×