Rumah

Jangan Bagi Kucing Minum Susu & Makan Tulang. Ini Sebabnya

223
SHARES

BOLEHKAH KUCING MINUM SUSU & MAKAN TULANG? INI MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIBERI KEPADA KUCING

Sebagai tuan kucing, anda pasti mahu memanjakan kucing sekali sekala dengan memberikannya makanan yang lazat.

Namun, berhati-hatilah kerana bukan semua makanan boleh dimakan oleh kucing.

Sesetengah makanan  boleh menyebabkan masalah kesihatan bagi kucing jika termakan.

Mari kita kenali makanan yang tidak boleh diberi untuk kucing.

9 Makanan Yang Tak Boleh Diberi Kepada Kucing

1. Produk Tenusu

Sejak kecil, kita sering anggap kucing sangat sukakan minum susu. Kita biasa melihat gambaran tersebut dari kartun atau buku kanak-kanak.

Realitinya, kucing tidak sesuai mengambil produk tenusu seperti susu, keju dan krim. Kebanyakan kucing bersifat ‘lactose intolerant’ .

Ini bermakna, jika kucing mengambil produk tenusu, ia boleh membuatkannya sakit perut atau muntah.

Kredit Foto : fourpaws.com

2. Coklat dan Gula-Gula

Walaupun kita gemarkan rasa coklat yang lazat, manisan yang berasaskan koko ini mengandungi dua komponen yang toksik bagi kucing iaitu thebromine dan kafein.

Kedua-dua coklat putih dan coklat gelap boleh mengakibatkan masalah kesihatan kepada kucing seperti muntah, cirit-birit, sawan dan jantung berdegup laju.

Jika kucing termakan dalam kuantiti yang banyak, ia berisiko untuk mengalami komplikasi seperti lemah jantung, badan lemah dan koma.

Kucing juga tidak sesuai diberikan gula-gula untuk dimakan kerana ia tidak mengandungi nutrisi penting dan boleh mengakibatkan masalah diabetes dan kegemukan.

Kucing juga boleh tercekik bila makan gula-gula tau!

Foto Kredit: indiatimes.com

3. Daging, Ikan, Dan Telur Mentah

Mungkin kita menganggap kucing tiada masalah untuk makan daging mentah kerana sifatnya yang suka memburu. Hakikatnya, daging dan telur yang tidak dimasak terdedah kepada bakteria seperti Salmonella dan E.coli. Bakteria ini boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti cirit birit, muntah dan kelesuan.

Telur putih mentah juga mengandungi protein avidin yang jika dimakan oleh kucing boleh menghalang penyerapan vitamin B biotin sehingga mengakibatkan penyakit kulit dan bulu kucing pudar.

Kredit Foto : bowwowinsurance.com.au

4. Roti dan Yis

Roti tidak mengandungi khasiat protein dan lemak yang diperlukan dalam diet kucing.

Jadi, anda tidak perlu memberikan roti kepada kucing untuk dimakan kerana ia tidak memberikan manfaat buat kesihatan kucing anda.

Yis dan doh roti juga tidak selamat untuk dimakan oleh kucing. Jika kucing termakan, doh mentah boleh menyebabkan kucing sakit perut dan menyebabkan masalah penghadaman yang serius.

5. Tuna

Kucing mana yang tidak sukakan tuna? Sekali sekala anda bolehlah berikan tuna kepada kucing.

Namun, jangan biasakan kucing untuk selalu makan tuna kerana ia tidak membekalkan nutrisi yang mencukupi untuknya.

Makan tuna secara berlebihan juga boleh mengakibatkan kucing mengalami keracunan merkuri.

Kredit Foto : luckybelly.com

6. Bawang dan Daun Kucai

Kita sering gunakan pelbagai jenis bawang untuk masakan seperti bawang merah, bawang putih, daun bawang dan daun kucai. Elakkan kucing anda termakan kerana ia boleh menyebabkan anaemia.

Sama ada mentah, dimasak atau produk yang sudah dikeringkan, bawang merah dan bawang putih boleh menyebabkan kerosakan kepada sel darah merah kucing, loya, keradangan abdomen, muntah-muntah dan cirit-birit.

7. Anggur dan Kismis

Anggur dan kismis sesuai dijadikan snek yang sihat buat seisi keluarga. Namun ia tidak sesuai dimakan oleh kucing. Walaupun ia masih belum dapat dibuktikan secara saintifik, anggur dan kismis boleh menyebabkan masalah buah pinggang kepada kucing.

Dalam sesetengah kes, kucing tidak menunjukkan simptom atau masalah kesihatan. Namun, anggur dan kismis didapati boleh mengakibatkan kucing muntah dan masalah buah pinggang yang serius.

Bolehkah kucing minum susu

Kredit Foto : cattime.com

8. Kafein

Pengambilan kafein dalam kuantiti tinggi boleh mengancam nyawa kucing. Antara simptom yang dikenalpasti apabila kucing mengambil kafein ialah nafas dan jantung berdegup laju, otot bergetar (muscle tremor) dan cemas.

Selain kopi dan teh, anda juga perlu elakkan kucing untuk makan atau minum produk kafein lain seperti minuman Cola dan air tenaga seperti RedBull .

9. Tulang Dan Lemak

Sesetengah tuan kucing biasa memberikan sisa makanan kepada kucing.  Kedua-dua sisa makanan ini boleh membahayakan kesihatan kucing.

Lemak sama ada dimasak atau mentah boleh mengakibatkan keradangan usus serta muntah atau cirit-birit. Kucing juga tidak boleh diberikan tulang kerana boleh menyebabkan kucing tercekik, melukakan bahagian dalam mulut atau dalam sistem penghadaman.

Bagi yang suka memberi sisa makanan pada kucing , pastikan anda mengasingkan makanan yang tidak sesuai untuk kucing terlebih dahulu.

Anda juga perlu menjauhkan makanan mentah daripada kucing ketika memasak seperti daging mentah dan bawang.

Elakkan memberi snek yang tidak berkhasiat untuk kucing seperti coklat dan tuna.

Bagi menjamin kesihatan kucing. pastikan kucing anda diberikan nutrisi yang diperlukan sahaja mengikut kuantiti yang sesuai.

Bolehkah kucing minum susu

 

Sumber rujukan :

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×