Sihat

Boleh Naik Berat Hampir 5KG! Ini Rupanya Keburukan Tidur Dalam Keadaan Lampu Terbuka

11
SHARES

Siapa sangka tidur dengan lampu terbuka sebenarnya mendatangkan impak yang negatif atas diri kita. Sesetengah individu takut untuk tidur dalam gelap dan sesetengah lagi pula sudah terbiasa tidur dalam keadaan sekeliling yang terang. Mari kita cuba ubah kebiasaan tersebut untuk elakkan diri daripada mendapat kesan sampingan yang tidak diingini hanya kerana tidur dengan lampu terbuka.

RUPA-RUPANYA TIDUR DENGAN LAMPU TERBUKA BOLEH MENYEBABKAN OBESITI?

Adakah anda lebih suka tidur dengan lampu terbuka atau televisyen dipasang? fikirkan semula. Kajian terkini yang melibatkan 43,722 wanita mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan

1. Peningkatan 5kg berat badan atau lebih

2. Peningkatan risiko 10% BMI

3. Risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi ‘body clock” yang mengawal masa tidur- sedar manusia.

Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan,pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif merupakan punca utama obesiti.

Macam mana untuk membiasakan diri tidur tanpa memasang lampu?

Cubalah tips-tips berikut untuk mengelakkan anda berdepan risiko negatif jika tidur dengan lampu terbuka

1. Memasang langsir yang lebih gelap di dalam bilik agar anda boleh membiasakan diri dalam gelap terlebih dahulu meskipun pada waktu siang.

2. Memakai topeng penutup mata juga membantu anda adalah sebagai cara untuk jadikan anda terbiasa untuk tidur dalam gelap secara bersahaja

3. Elakkan daripada terdedah dengan cahaja daripada gajet-gajet seperti laptop, televisyen dan telefon bimbit sejam sebelum tidur untuk membantu anda tidur lena tanpa memasang lampu

4. Elakkan sebaik mungkin daripada tidur di siang hari

5. Lakukan rutin yang menenangkan seperti mandi mahupun membaca sebelum tidur

Sumber : Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×