Pilihan Editor

Boleh Menang Nissan X-Trail & 4 Sebab Anda Wajib Pergi Drive: Auto Fair 2018

23
SHARES

Menerima lebih 20,000 pengunjung pada tahun lalu, laman web automotif nombor satu di Malaysia, Carlist.my sekali lagi bakal memeriahkan Setia City Convention Centre menerusi pameran automotif Drive: Auto Fair 2018. Acara yang bakal berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Julai 2018 kali ini pastinya akan menyajikan pelbagai tawaran, ganjaran dan promosi menarik khas buat peminat arena permotoran negara. Pendek kata, ‘kaki kereta’ memang wajib pergi!

Promosi & tawaran menarik

Antara jenama terkenal yang akan tampil dengan pelbagai tawaran menarik disamping mempamerkan jentera terbaik mereka pada Drive: Auto Fair 2018 kali ini ialah BMW, Mazda, Isuzu, Honda, Perodua, Subaru, Nissan, Maxus dan banyak lagi. Jadi, kalau anda sedang merancang untuk membeli kereta idaman, inilah masanya!

Mencatatkan lebih 160,000 jualan secara atas talian di laman web Carlist.my, Drive: Auto Fair 2018 bakal memberikan pengalaman yang lebih mengujakan kepada pengunjung. Bukan sahaja dapat melihat secara dekat kenderaan yang dipamerkan nanti, anda juga boleh membeli barangan aksesori dan barangan kelengkapan kereta dengan harga yang menarik daripada Ambipur, Maxis, SOCAR, Ottoman, Trapo, Ninebot, Happy Fresh dan Regal Vallet.

Program keselamatan jalan raya #SafeDriving

Bagi memupuk kesedaran orang ramai tentang keselamatan jalan raya, beberapa acara seperti sesi ceramah keselamatan jalan raya menerusi kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Penubuhan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) turut diadakan.

Pemilik kereta Honda bagi sesetengah model yang terlibat juga disarankan hadir ke acara kali ini bagi menggantikan beg udara Takata secara percuma kereta mereka menerusi program yang dianjurkan oleh Honda.

Boleh bawa pulang Nissan X-Trail!

Bukan itu sahaja, pengunjung bertuah yang mendaftar, pandu uji atau membuat tempahan kereta di Drive: Auto Fair 2018 juga berpeluang memenangi Nissan X-Trail Aero Edition dan hadiah istimewa lain bernilai RM150,000! Selain itu, Hong Leong Bank akan turut serta pada acara kali ini bagi membantu proses jual beli kereta idaman anda.

Belon udara panas, go-kart dan banyak lagi aktiviti untuk keluarga!

Bukan sekadar jualan dan pameran kereta sahaja, jangan lupa bawa keluarga bersama sebab pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya simulasi permainan lumba, tayangan program popular oleh iflix, belon udara panas, perlumbaan go-kart dan banyak lagi. Food truck pun ada tau! Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai ke Setia City Convention Centre pada 27 hingga 29 Julai ini. Jumpa di sana!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Drive: Auto Fair 2018, boleh layari https://www.carlist.my/drive/shahalam/2018. Masuk adalah percuma!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×