Hebahan

BLISS GO, Minuman Untuk Kanak-Kanak Yang Penuh Dengan Kebaikan

18
SHARES

KUALA LUMPUR, 1 September 2016 – Minuman yogurt kegemaran seisi keluarga Malaysia, Nestlé® BLISS® telah melancarkan Nestlé® BLISS® GO, minuman sedia untuk diminum yang lazat dan berkhasiat untuk kanak-kanak yang membesar.

Antara kerisauan terbesar bagi para ibu adalah pengambilan makanan anak-anak mereka, terutama sekali ketika mereka berada di luar jagaan. Dengan pelbagai jenis makanan yang ada untuk kanak-kanak dimakan ketika ibu bapa mereka tiada di sisi, tidak hairanlah para ibu risau sama ada anak-anak mereka mendapat makanan yang berkhasiat atau tidak. Ini boleh menyebabkan sistem penghadaman yang lemah. Sistem penghadaman adalah tunjang untuk penyerapan nutrien dan kesihatan secara keseluruhan.

Dua Perisa Kegemaran, Diperkaya Dengan Inulin

Nestlé® BLISS® GO boleh didapati dalam dua perisa kegemaran seperti anggur dan strawberi. Nestlé® BLISS® GO diperkaya dengan pelbagai khasiat, seperti Inulin, sejenis prebiotik yang merupakan makanan untuk pertumbuhan bakteria baik di usus kita, dan juga Vitamin C, yang menggalakkan penyerapan zat besi daripada makanan; serta Kalsium, untuk menggalakkan tumbesaran tulang dan gigi yang kuat. Ini merupakan ramuan 3-dalam-1 yang dipek ke dalam Nestlé® BLISS® GO, kebaikan untuk perut kanak-kanak dan banyak lagi.

Seiring dengan nilai utama jenama BLISS® dalam menggalakkan sistem penghadaman yang sihat, inulin merupakan bahan yang terpenting dalam resipi 3-dalam-1 Nestle® BLISS® GO dimana ia membekalkan badan kita dengan nutrien untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di usus supaya bakteria ini dapat menjalankan tugas dan membentuk sistem penghadaman yang baik.

Keperluan Nutrien Yang Lazat & Mudah

“Sistem penghadaman yang sihat sepatutnya bermula dari kecil, kerana ia mencegah penyakit seperti obesiti, alergi, kekurangan zat, dan selainnya. Ibu bapa tidak dapat mengawasi setiap pemakanan anak-anak mereka, terutama sekali apabila kanak-kanak di sekolah atau keluar bermain, mereka mempunyai kebebasan untuk makan segala apa sahaja yang mereka mahu, di mana ianya tidak dapat memberikan mereka keperluan nutrien yang mencukupi. Ibu bapa sentiasa mencari cara untuk membantu anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Oleh itu Nestlé® BLISS® GO merupakan penyelesaian yang lazat dan mudah untuk dimasukkan ke dalam rutin seharian anak-anak oleh ibu bapa mereka,” kata Wilfrid Foo, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Produk Tenusu Dingin Nestlé Malaysia, ketika pelancaran produk ini di Aeon Big, Mid Valley Megamall.

Dirumuskan dengan kemudahan sebagai tujuan utamanya, Nestlé® BLISS® GO dibungkus sedia untuk diminum dan boleh diminum tanpa disejukkan; sampingan yang sempurna ketika waktu rehat dan juga waktu bersiar-siar.

bliss-go-2

Dapatkannya Sekarang!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Nestlé® BLISS® GO sila lawati https://www.facebook.com/NestleBliss/ dan http://www.nestle.com.my/brands/chilled_dairy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×