Famili

“Bila Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Timbul Isu Aurat, Tapi Nurse Perempuan Cuci Berak Ayah Boleh Pula?”

214
SHARES

Apabila ibu bapa dirawat di hospital, tanggungjawab anak masib wujud bukan dilepaskan terus kepada doktor dan jururawat. Alangkah mulianya anak yang tolong cuci najis dan mandikan ibu bapa sendiri. Tak terbalas jasa besar yang diberikan ibu bapa, menatang anak bagai minyak yang penuh sepanjang membesar.

Menerusi perkongsian Dr. Ahmad Hakimi Abdullah, aurat doktor yang menyambut kelahiran selalu menjadi persoalan. Tetapi, bila bab cuci najis ibu bapa mengapa tidak juga bertingkah aurat jururawat? Ikuti pengalaman beliau di bawah.

Baca juga: Cara Mudah Trace Semula Password, Tak Perlu Tekan ‘Forgot Password’!

“BILA DOKTOR LELAKI SAMBUT KELAHIRAN TIMBUL ISU AURAT, TAPI NURSE PEREMPUAN CUCI BERAK AYAH BOLEH PULA?”

Gambar hiasan.

Seketika di zon kuning, Jabatan Kecemasan…

“Doktor! Ayah saya berak ni. Boleh suruh nurse bersihkan tak?” Ujar seorang anak lelaki kepada seorang bapa berumur 71 tahun yang terlantar sakit akibat stroke.

Dia bersama-sama seorang lagi adik perempuan dan ibunya membawa bapanya kerana jangkitan paru-paru.

“Oh ayah berak ya? Nanti encik boleh dapatkan air dan alat-alat lain untuk basuh berak ayah encik. Saya bagi tau nurse.” Balas aku sambil buat pemeriksaan keatas ayah mereka.

“Napa kami yang basuh. Nurse kan ada. Nurse lah yang basuh dan cucikan, doktor. Tu kan kerja mereka.” Sambung anak-anak kepada pesakit.

Aku cuba jelaskan dengan berkata,”Encik, itu bukan tugas nurse atau MA. Itu tugas dan tanggungjawab anak-anak atau waris.”

“Saya akan buat report pada pihak atasan sebab nurse tak menjalankan tugas.” Balas si anak. Dalam keadaan aku ingin menerangkan, suasana menjadi sedikit tegang.

Perbualan aku dengan si anak didengari oleh seorang kakak nurse. Maka kakak nurse tanpa berlengah, tolong juga bersihkan walaupun bukan tugas hakiki atau skop kerja seorang nurse. Kakak nurse takmau panjangkan suasana tegang.

Anak-anak dah tak kelihatan, lari.

****


Dalam status aku yang lepas berbunyi;

‘Doktor lelaki sambut isteri bersalin. Kau bising pasal aurat. Ayah sakit suruh misi basuh berak ayah kau. Kau tak ulas isu aurat?’ (Seperti screenshot diatas).

Kiasan aku ni mendapat banyak respon. Ada yang menyambut baik dan tak kurang juga yang meroyan dan ada yang dah generalised tonic clonic sawan khinzir. Huru hara jadinya.

Isu dari cerita di atas yang seringkali terjadi di Jabatan Kecemasan dan dalam wad di hospital dapat dikupas seperti berikut: ok aku ulas untuk kalian.

ULASAN DR. BERKENAAN TUGAS BASUH NAJIS IBU BAPA DI HOSPITAL

1. Mencuci dan membasuh najis pesakit bukan tugas nurse atau mana-mana staff kesihatan. Ia adalah tugas dan tanggungjawab ahli keluarga. Demi menjaga aurat dan maruah si ayah.

2. Aurat lelaki (si ayah) adalah anggota tubuh antara pusat dan lutut, berdasarkan sabda Nabi Salallahu ‘Alaihi Wassalam; “Apa-apa yang berada diantara pusat dan lutut adalah aurat” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Daraquthni, hadith hasan).

3. Situasi ini (cuci/basuh berak) bukan dalam keadaan darurat kerana ia bukan dalam perawatan. Tak serupa dengan keadaan darurah semasa kelahiran.

BAGAIMANA PULA AURAT DR. LELAKI SAMBUT KELAHIRAN?

Gambar hiasan.

Dalam kiasan status aku tersebut namun ada yang masih ingin timbulkan isu aurat doktor lelaki menyambut kelahiran.

Doktor lelaki atau perempuan pun auratnya tetap sama. Kemaluan seorang wanita adalah aurat major maka aurat juga kepada semua termasuk doktor perempuan.

Para ulama bersependapat bahawa doktor lelaki di bolehkan untuk tujuan merawat mahupun menyambut kelahiran bagi wanita yang bukan mahram dalam keadaan darurat (terdesak). Hukumnya harus. Jika hanya doktor lelaki itu saja yang ada dan tiada doktor wanita yang mampu dalam kepakaran tersebut ketika itu.

GARIS PANDUAN ULAMA MEMBOLEHKAN DOKTOR & PESAKIT BERLAINAN JANTINA

Namun para ulama meletakkan beberapa garis panduan bagi membolehkan doktor lelaki untuk merawat pesakit wanita yang bukan mahram.

ANTARANYA:

1. Pesakit wanita mestilah ditemani oleh mahramnya, suami, sahabatnya atau jururawat yang bertugas.

2. Disyaratkan tiada doktor wanita yang setaraf kepakaran, kemampuan atau ilmu doktor lelaki yang merawat.

3. Mengutamakan doktor muslim daripada doktor bukan muslim. Jika tiada juga maka tak mengapa.

4. Merawat pesakit wanita hanya pada tempat yang sakit atau kawasan aurat yang perlu dan mengikut kadarnya sahaja. Tidak lebih dari itu.

Katanya pula sebab maruah seorang suami perlu menjaga si isteri dari dilihat lelaki lain. Bagaimana pula maruah ibu bapa kalian? Tak mau jaga?

Jangan double standard.

Selagi hayat ibu bapa masih bernyawa, sebagai anak janganlah pernah berhenti menjaga mereka. Curahkan kasih-sayang sepenuhnya walaupun mereka dalam keadaan tenat.

Belailah mereka selembut-lembutnya seperti mana mereka berhati-hati menjaga kita. Supaya tiada penyesalan sebagai anak di kemudian hari, andai jasad mereka terpisah daripada badan.

Sumber: Facebook Ahmad Zakimi Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×