Asuh

“Bila Belajar Bodoh” – Doktor Kongsi Bahaya ‘Overdose’ Gula Putih Ganggu Pembelajaran Anak

21
SHARES

Kanak-kanak pada hari ini sering dimanjakan dengan manisan sebagai cara mengembirakan mereka. Aiskrim, makanan segera, minuman manis, biskut dan coklat menjadi santapan harian. Kita harus berwaspada dengan kadar pengambilan gula mereka kerana gula boleh menjadikan ketagihan terhadap manisan lebih parah dan ini akan menganggu tumbesaran dan juga pembelajaran kanak-kanak.

GULA PUTIH MENGANGGU PEMBELAJARAN ANAK – DR RIZAL ABU BAKAR

Kesian pun ada. Sedih pun ada bila dengar bualan mak dengan anak ni. Saya bukan nak pasang telinga. Tapi bila si mak jerit jadi terpandang secara otomatik. Bila tengok si mak siap tunjal tunjal kepala si anak.

“Bila makan semua nak sedap sedap. Bila belajar bodoh. Sifir pun tak boleh ingat. Kau ni dah Tahun 3” kata si mak. Suara bak guruh di langit. Jari telunjuk si mak dah melekat kat kepala anak dia tu. Sekali tengok macam ada spring. Tolak kepala, kepala tu bounce back. Kena tolak lagi. Bila tengok kat tangan kiri ada bubble tea. Ada satu kotak donut. Tangan kanan ada donut sprinkle dengan macam macam benda.

Kesian tu kesian. Tapi boleh tengok saja. Saya cuma terkesan sikit dengan kata si mak kat anak dia. Bila dia sebut bodoh tu. Bukan si anak pilih nak jadi bodoh. Tapi otak dia dah di’racuni’. Ramai ibu bapa tak sedar yang mereka sabotaj otak anak anak mereka. Terutama bila beri makan benda yang ada gula putih. Inilah yang dimaksudkan dengan sabotaj otak.

Kenapa pula? Kajian dari Universitiy of California Los Angeles atau UCLA Mei 2017 mengesahkan gula putih ganggu proses belajar, ia menggugat memori dan toksik kepada otak. Tiga tempat otak diserang. Hippocampus tempat memori dirobek. Prefrontal cortex, pusat berfikir diganyang. Temporal lobe, pusat belajar dihiris hiris.

Bila seseorang mengambil terlalu banyak gula dan cuba lakukan tugasan mencabar seperti menyelesaikan masalah matematik, hipotalamus otak akan menyebabkan badan menghasilkan kortisol (hormon tekanan) yang tinggi dan menghalang ingatan. Jadi apabila tubuh badan kanak-kanak menghasilkan kortisol, mereka sukar menumpukan perhatian dan berasa susah untuk duduk diam.

Apabila perhatian mereka berada di tempat lain, mereka sukar menyimpan maklumat yang diajar. Tuisyen pula tidak membantu, mentoring akan gagal. Coaching tidak akan membawa ke mana. Hantarlah ke program motivasi apapun, anak tu akan kekal sama prestasi si anak mendatar. Sebab? Dia jadi sukar nak ingat dan menghafal. Lambat nak berfikir, tak laju macam orang lain.

APA YANG PATUT DILAKUKAN?

Mengehadkan pengambilan gula anak-anak akan membantu meningkatkan potensi mereka dalam akademik. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan agar kanak-kanak tidak mengambil lebih daripada empat sudu teh gula sehari. Waspada dengan gula tersembunyi yang tidak dijangkakan seperti sos, buah kering, dan yogurt berperisa.

Jadi untuk ibu bapa berhati-hati sikit pada benda manis. Semak dulu bahan jika ada gula putih atau tidak. Kalau ditulis sugar, biasanya gula putihlah tu. Jom bantu anak-anak, elakkan dari jadi tukang sabotaj otak anak sendiri. Biar mereka sihat dan hebat.

Sumber : Dr. Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×