0-6 Bulan

Betul Ke Tak Mitos Biskut Bayi Mengandungi Plastik? Ini Jawapannya!

39
SHARES

Makanan sihat untuk bayi adalah salah satu elemen yang paling penting untuk pembesaran mereka. Tetapi, ramai yang mengatakan bahawa biskut bayi mempunyai plastik! Betul ke? Tular juga di media sosial mengenai kenyataan bahawa biskut bayi ini mempunyai bahan plastik dalam kandungannya. Kalau betul biskut bayi mempunyai plastik dalam kandungan, mana mungkin dapat dijual di pasaran kan? Oleh itu, kalau anda masih keliru dengan kandungan biskut untuk diberikan kepada anak-anak anda, jom kita baca apa yang betul dan apa yang tidak mengenai isu ini.

http://www.motherandbaby.co.uk/

http://www.motherandbaby.co.uk/

MITOS BISKUT PLASTIK

www.facebook.com/PseudoscienceWatch

www.facebook.com/PseudoscienceWatch

Mitos biskut mengandungi bahan plastik kerana ianya terbakar apabila dinyalakan dengan api ni menular tahun lepas. Sejak daripada itu, semua biskut-biskut lain juga menerima tempias walaupun tiada kaitan langsung dengan biskut specifik produk tersebut.

Tak perlu ada plastik pun biskut memang boleh terbakar kerana pelbagai kandungan didalamnya(carbohydrates, fat, flour). Tak kira jenis atau brand apa pun.

Baby bites yang dijual untuk kanak-kanak berumur lebih daripada 6 bulan nak membantu dalam proses teething (tumbuh gigi) pun sama. Tak perlu risau sebab majority daripadanya sebenarnya dihasilkan daripada komponen dan bahan-bahan hypoallergenic (berisiko rendah untuk menyebabkan alahan). Sah-sah tiada plastik.

Apa yang penting bila beri si kecil anda baby bites/baby finger foods ni adalah memerhati dan sentiasa mengawasi ketika mereka makan. Tak boleh biar bayi sorang2 sebab ada kemungkinan tinggi mereka boleh tercekik (choking hazards) tanpa pengawasan(under observation) yang sepatutnya.

KENYATAAN DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

www.facebook.com/ResepiBayi

www.facebook.com/ResepiBayi

1. Makanan yang kering sebenarnya memang cepat terbakar. Kalau masih tak percaya, anda boleh cuba bakar biskut kering yang lain atau mana-mana makanan kering untuk melihat hasilnya.

2. Makanan yang bahan utamanya dari kanji, beras atau kentang memang mempunyai kemungkinan besar untuk terbakar kerana sifatnya memang begitu.

http://www.sumarz.com/

http://www.sumarz.com/

Semoga bermanfaat dan jangan keliru lagi ya!

Sumber : PseudoscienceWatch

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×