Didik

Bantu Pelajar Hafal Sifir Dengan Mudah & Express, Guru Kongsi Cara Buat Kotak Sifir

11
SHARES

Teknik pembelajaran pada alaf ini semakin menarik dan kreatif, selain membantu para guru untuk memberikan ilmu kepada anak-anak murid dengan lebih efektif dan efisien ia juga secara tidak langsung memudahkan para pelajar untuk menguasai sesuatu topik atau matapelajaran dengan lebih cepat. Paling terkini adalah cara-cara menghafal sifir dengan mudah bagi membantu kefahaman dan ingatan anak murid supaya mereka dapat menguasai ilmu sifir dengan baik. Berikut adalah cara membina kotak sifir yang dikongsikan seorang guru untuk membantu para pelajar menghafal sifir dengan lebih berkesan dan tanpa perlu pening kepala.

CARA-CARA MENGIRA SIFIR DENGAN MUDAH

SIFIR 3

Pengiraan sifir tiga bermula dengan nombor 0 dari kotak atas sehingga 2 di kotak bawah kemudian ditambahkan sahaja dengan nombor 1 sehingga 9 secara terbalik dari kotak bawah ke kotak atas.

SIFIR 5

Sifir 5 juga dimulakan dengan 0 sehingga nombor 4, setiap kotak diletakkan dua nombor yang sama kemudian hanya tambahkan sahaja secara bergilir nombor 5 dan 0 disebelah setiap nombor 0 sehingga 4 tadi.

SIFIR 6

Sifir 5 tadi boleh ditambah dengan nombor 1 sehingga 9 secara kebawah kemudian jumlahkannya untuk mendapatkan sifir 6.

SIFIR 7

Sifir 7 pula dimulakan dengan 0 sehingga 6 dan kemudian diisi semula dengan nombor 1 sehingga 9 bermula dari kotak belakang.

SIFIR 8

Untuk sifir 8, isikan nombor 0 sehingga 8 dari kotak hadapan kemudian hanya tambahkan sifir dua bermula dari kotak belakang pula.

SIFIR 9

Sifir 9 merupakan antara sifir yang sukar untuk diingati pelajar, jadi cara mudah menghafalnya adalah dengan meletakkan 0 sehingga nombor 9 dari atas ke bawah dan kemudian ulang semula nombor sama cuma kali ini dari bawah ke atas bersebelahan setiap nombor tadi.

Cikgu ni mengajar cara membina KOTAK SIFIR… Mudah untuk menghafal sifir… Terbaik… 😁Kredit: Cikgu Katy

Posted by Faza Aziz on Saturday, April 11, 2020

Sumber : Cikgu Katy , Faza Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×