Rakyat

#BANJIR: 13 Laluan Utama Kuala Terengganu – Kota Bharu Ditutup

7
SHARES

13 jalan utama Kuala Terengganu-Kota Bharu ditutup susulan dinaiki air antara 0.3 meter (m) dan 1.5m hari ini. Jalan utama Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Kampung Bukit Yong, Besut, ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air sedalam 0.3 m sejauh kira-kira 300 m.

Baca juga: Awas! 8 Negeri Ini Berisiko Hadapi Banjir Kilat Dalam Tempoh 24 Jam

13 LALUAN UTAMA KUALA TERENGGANU-KOTA BHARU DITUTUP

Kredit: Harian Metro

Menurut portal rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR), jalan Jertih-Keruak apabila ditenggelami air sedalam 0.90 m sejauh kira-kira 300 m.

Laluan lain yang ditutup adalah Jalan Kampung Matang/Nibong/Kuala Telemong di Kampung Jerubun, Kuala Berang, selepas ditenggelami air sedalam 0.76 m sejauh 100 m.

Selain itu, Jalan Kampung Kuala Pueh/Tapah/Payang Kayu/Baung/Kuala Ping di Kampung Felcra Bukit Kepah, Kuala Berang, apabila ditenggelami air sedalam 0.76 m sejauh 200 m.

Empat daerah Hulu Terengganu yang ditutup kepada semua lalu lintas adalah Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong di Kampung Talor, Jalan Simpang Gaung/Sungai Tong di Kampung Kuala Ping, Jalan Simpang Gaung/Sungai Tong, di Kampung Kepah dan di Jalan Bukit Diman/Tersat di Kampung Pengkalan Ajal selepas masing-masing ditenggelami air antara 200 m dan 350 m pada jarak sejauh 0.76 m dan 1.5 m.

Jalan Langkap/Pelong di Kampung Merbau Menyusut dan Jalan Chalok/Bukit Putera/Telaga Papan serta Jalan Pengkalan Merbau/Pelong di Kampung Mak Balah di daerah Setiu turut ditutu[ selepas ditenggelami air masing-masing sedalam 0.8 m sejauh antara 100 m hingga 500 m.

Di daerah Dungun pula, sebanyak tiga jalan yang ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Tepus/Kuala Jengal berhampiran Riverside Dfarm Resort, Jalan Tepus/Kuala Jengal di Kampung Air Jernih di kawasan Jambatan Besar ke Kampung Minda Talong dan di Jalan Tepus/Kuala Jengal di Kampung Rantau Panjang.

Maklumat lanjut boleh layari portal Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya.

Sumber: Harian Metro & Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×