Inspirasi

‘Anak Dah Jadi Doktor’- Lelaki Ini Hadir & Bayar Semula RM1400 Yang Dipinjamkan 7 Tahun Lalu

79
SHARES

Sebuah organisasi kebajikan yang tidak berasaskan keuntungan di Pulau Pinang, House of Hope dikenali umum terutama penduduk Pulau Pinang sebagai organisasi bertujuan untuk membasmi kemiskinan dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, program pendidikan, bantuan perubatan serta kewangan. Baru-baru ini telah tular di laman Facebook House of Hope berkenaan seorang lelaki yang hadir bagi memulangkan semula duit yang pernah dipinjamkan kepadanya beberapa tahun yang lalu.

BUDI DIBALAS BUDI

Lelaki tersebut yang merupakan seorang pesara dalam lingkungan usia 60-an lebih selesa tidak dikenali kerana tidak berniat inginkan publisiti telah hadir ke House Of Hope sekitar jam 11 pagi di Air Itam pada 8 September lepas.

Kehadirannya ke sana adalah untuk memulangkan semula wang berjumlah RM1400 dalam bentuk wang kertas Rm50 kepada organisasi tersebut yang dipinjamkan kepadanya 7 tahun yang lalu bagi membiayai pengajian anaknya.

Dia memberitahu kepada staf HoH disitu bahawa anaknya kini merupakan seorang doktor perubatan di Kedah dan berterima kasih kepada organisasi tersebut atas pertolongan yang telah diberikan kepadanya ketika dia dalam keadaan memerlukan.

Dia juga turut berceritakan bahawa anaknya kini juga telah mengambil alih tanggungjawab menanggung perbelanjaan kewangan keluarga serta membantu menjaga dia dan isterinya.

PERTOLONGAN TANPA MENGIRA SIAPA

Khoo Cheng See dalam kiriman Facebook tersebut juga menyatakan lelaki tersebut begitu teruja berkongsikan kejayaan anaknya sewaktu dia membayar semula duit yang dipinjamkan kepadanya. Khoo sendiri juga tidak dapat mengingati duit yang pernah dipinjamkan memandangkan organisasi tersebut telah memberikan bantuan kepada ramai insan yang memerlukan.

Tambah beliau lagi. “Ini adalah kali pertama seseorang yang kami bantu telah mengembalikan wang ke rumah ini semula.

“Kami tidak tahu berapa lama dia mengumpul wang tersebut, tetapi tindakannya yang berinspirasi mengingatkan kami tentang tujuan kami berkhidmat dan membantu pihak yang memerlukan,” katanya.

Khoo menambah bahawa wang itu akan digunakan untuk membantu anak-anak lain melanjutkan pelajaran mereka. Sejak organisasi tersebut ditubuhkan ramai individu telah mendapat bantuan kewangan dari House of Hope yang kemudiannya berjaya memperbaiki keadaan hidup mereka dan mengatasi beban kewangan mereka.

Beliau berkata bantuan yang dirasakan tidak seberapa daripada kita sebenarnya memberi erti yang begitu besar buat insan lain, kita mungkin tidak tahu apa yang dilalui orang lain namun dengan memberikan sedikit bantuan pasti akan meringankan beban yang ditanggung, kita juga tidak seharusnya hilang pengharapan pada manusia namun kitalah yang perlu cuba memberikan harapan pada manusia untuk manusia.

This man walked into the House of Hope this morning and surprised us all. Many many many years ago, we helped him with…

Posted by House of Hope on Monday, 7 September 2020

Sumber: House of Hope

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×