Advertorial

Adakah Anak Anda Dalam Kandungan Di Dalam Bahaya? Segalanya Terungkai Dengan Nasihat Daripada Pakar O&G

84
SHARES

Sebaik sahaja anda mendengar berita gembira yang anda mengandung, pastinya banyak yang bermain di dalam kepala anda bukan? Adakah bayi dalam kandungan ini normal? Bagaimana untuk memastikannnya? Apa yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan daripada penyakit pelik? Dan akhir sekali, jika disahkan bayi saya bermasalah, apa yang boleh dilakukan?

Jom kita bersama-sama berlapang dada dan dengar daripada Dr Jumeah Shamsuddin. Tetapi sebelum itu, serba sedikit mengenai  Dr Jumeah seperti di bawah ini:

dr-jumeah

Dr  Jumeah Shamsuddin

MD (UKM), M.MED (O&G)(UKM)

Dr Jumeah merupakan seorang pakar O&G dengan minat di dalam Perubatan “Maternal-fetal”.  Dr Jumeah telah berkhidmat selama beberapa tahun di dalam beberapa hospital kerajaan, dan kini bekerja sebagai seorang pakar di DEMC Specialist Hospital.

1. Apakah yang perlu dicari atau diperhatikan sewaktu mengandung?

1914222

Kebanyakan bayi adalah normal. Menurut kajian daripada Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC), sebanyak 3% bayi dilahirkan dengan sejenis atau lebih kecacatan kelahiran.  Bagi memastikan bayi anda sihat, janin tersebut perlu melalui saringan untuk anomali kongenital/kecacatan struktur/bentuk atau kecacatan semasa kelahiran.

Anomali kongenital boleh menyebabkan kecacatan jangka masa panjang, yang akan memberikan impak besar kepada individu, keluarga, sistem penjagaan perubatan, dan masyarakat.  Anomali kongenital yang biasa berlaku adalah kecacatan jantung, kecacatan tiub saraf dan sindrom Down.

Untuk kandungan dengan bayi yang normal, ibu-ibu dinasihatkan untuk sentiasa memastikan pergerakan bayi adalah baik sehinggalah waktu untuk melahirkan anak.  Sebarang pengurangan signifikan atau perubahan secara tiba-tiba terhadap pergerakan bayi mungkin petanda bayi tidak sihat yang boleh membawa kepada kematian bayi di dalam kandungan. Disebabkan pergerakan bayi hanya boleh dirasai oleh deria keibuan, jika anda risau dengan pengurangan dan terhentinya pergerakan bayi selepas 28 minggu, segeralah ke hospital dan jangan menunggu sehingga keesokan harinya.

2. Bagaimana nak kesan bayi dengan kecacatan?

Expecting Couple with Sonogram

Expecting Couple with Sonogram

Ujian ultrasound dan pemeriksaan darah ibu di antara 11 hingga 13 minggu dan 6 hari adalah salah satu cara yang boleh digunakan sebagai ujian saringan untuk menilai risiko sindrom Down dan ketidaknormalan kromosom-kromosom yang lain. Risiko ini dikira dengan mengambil kira umur ibu, ukuran dua hormon di dalam darah ibu dan ujian ultrasound yang mengukur ketebalan ‘nuchal translucency’,  tulang hidung, dan ketidaknormalan stuktur janin.

Darah ibu juga boleh diuji untuk DNA sel-sel  bebas janin seawal 10 minggu untuk menyaring ketidaknormalan kromosom dan ujian yg melihat tahap kandungan alfa-fetoprotein (AFP) selepas 14 minggu ke 22 minggu kandungan.  Kandungan AFP yang tinggi adalah petunjuk bahawa bayi mungkin mempunyai  kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.

Kesemua ujian dan saringan di atas adalah berguna untuk menentukan janin yang bermasalah dan yang normal. Namun ia tidak ditawarkan di semua hospital / unit materniti kerana kekangan tertentu dan ianya mungkin ditawarkan kepada ibu-ibu berisiko tinggi sahaja di hospital awam.

Selepas bersalin, saringan neonatal dijalankan, termasuk pemeriksaan klinikal dan saringan untuk masalah darah, metabolism dan pengeluaran hormon. Saringan untuk pendengaran dan kecacatan jantung, seiring dengan pengesanan awal anomaly kongenital, boleh membantu rawatan yang dapat menyelamatkan nyawa dan menghalang perkembangan ke arah kecacatan fizikal, intelektual, penglihatan, atau pendengaran yang teruk. Saringan rutin untuk ketidaknormalan tahap hormon tiroid bayi sebelum dibenarkan keluar daripada unit materniti dijalankan di kebanyakan hospital.

3. Apa yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada penyakit pelik?

Pregnant woman, mid section

Walaupun 50% daripada semua anomali kongenital tidak dapat dikenalpasti puncanya, terdapat faktor genetik, penyakit berjangkit, pemakanan, persekitaran dan sebab-sebab lain yang boleh dikenal pasti.

Kita tahu yang bukan semua kecacatan sewaktu kelahiran boleh dielak. Walaubagaimanapun, kita juga tahu yang wanita boleh memperbaiki peluang mereka untuk mendapat bayi yang sihat dengan mengurus kesihatan dan mengamalkan tingkahlaku dan hidup yang sihat sebelum mengandung. 

4. Bersedia untuk kehamilan anda

Boss and Pregnant Businesswoman

Merancang untuk bayi anda. Sebahagian besar kecacatan sewaktu kelahiran berlaku semasa 3 bulan pertama kandungan, oleh itu sangat penting untuk anda tahu yang anda sedang mengandung. Disarankan anda berbincang dengan doktor anda sebelum anda hamil bagi membincangkan sejarah keluarga dan sejarah perubatan anda.

Genetik memainkan peranan penting di dalam kebanyakan anomaly kongenital, samada melalui gen yang diwarisi, atau terhasil daripada perubahan yang juga dikenali sebagai mutasi. Saringan pra-kehamilan boleh dijalankan bagi mengesan potensi kecacatan kelahiran termasuk masalah genetic yang boleh merbahayakan bayi seperti Talasemia.

Adalah sangat penting untuk anda merancang kehamilan terutamnya bagi mereka yang telah pun mempunyai anak dengan kecacatan semasa kelahiran.

Ambil asid folik. Vitamin B ini penting untuk menghalang kecacatan tiub saraf di dalam otak dan tulang belakang bayi. Wanita disarankan untuk mengambil 400 microgram (mcg) asid folik sebagai makanan tambahan harian pada setiap hari, 3 bulan sebelum hamil dan meneruskannya untuk tiga bulan pertama kehamilan.

Tukar diet anda. Sesetengah makanan mungkin mengandungi toksin merbahaya untuk anda dan janin seperti merkuri, salmonella, listeria, shigella dan E. coli. Elakkan daripada memakan ikan laut dalam seperti ikan yu yang mungkin mengandungi tahap merkuri yang tinggi, yang boleh menyebabkan kepada masalah pendengaran dan penglihatan, dan juga kerosakan otak.

Jangan makan ikan mentah seperti di dalam sushi dan sashimi atau pun kerang yang tidak dimasak dgn baik semasa hamil. Pastikan untuk masak sepenuhnya ayam, daging dan telur.

Jalani kehidupan yang sihat. Lebih sihat badan anda, semakin kurang peluang untuk bayi anda akan lahir cacat. Oleh itu adalah penting untuk mengamalkan diet seimbang, bersenam dengan kerap, dan mengawal berat badan anda.

Obesiti (BMI 30 atau lebih) meningkatkan peluang kecacatan kongenital, termasuk kecacatan  jantung dan spina bifida.

Pastikan penyakit kronik di bawah kawalan. Masalah perubatan akan menambah beban ke atas badan sewaktu kehamilan, dan menjadikan ianya risiko kepada bayi. Sebagai contoh, ibu yang mempunyai penyakit Diabetes Mellitus, mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat bayi yang mempunyai kecacatan sekiranya gula dalam darahnya tidak terkawal semasa pembentukan janin. Sila berjumpa doktor dan dapatkan cara-cara untuk mengawalnya sebelum anda hamil.

Ambil langkah berjaga-berjaga terhadap jangkitan. Sesetengah jangkitan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran, oleh itu elakkan daripada situasi yang boleh menyebabkan jangkitan. Juga pastikan vaksinasi anda adalah lengkap.

5. Elakkan pengambilan bahan berbahaya semasa kehamilan

1882485

Elak pengambilan alkohol. Tiada jumlah alkohol yang selamat untuk diambil semasa kehamilan, dan apabila ianya diminum, alkohol akan melalui saluran darah ibu ke dalam janin/bayi.

Berhenti merokok. Tiada jumlah yang selamat untuk perempuan mengandung, jadi elakkan daripada menghisap rokok dan menyedut asap rokok sewaktu hamil. Tembakau meningkat risiko keguguran, kelahiran pramatang, berat badan rendah sewaktu lahir, dan kematian.

Berbincang dengan doktor tentang pengambilan ubat. Jika anda mengambil ubat, berbincang dengan doktor anda sebelum hamil. Dadah jenis teratogenik berisiko tinggi untuk menyebabkan kecacatan kehamilan, dan sangat berbahaya pada lapan minggu pertama kehamilan.

Hentikan pengambilan dadah. Pengambilan dadah seperti kokain, methamphetamin, dan heroin boleh mengakibatkan kecacatan janin dan komplikasi serius semasa dan selepas kehamilan.

Elak daripada terdedah kepada toksin. Terdapat banyak pelarut, racun serangga dan wasap toksik yang boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran. Toksin biasa adalah seperti racun perosak, bahan pelarut (gasolin, penghilang gilap kuku) dan pewarna (cat, pencelup fabric).

6. Apa yang boleh dilakukan untuk bersedia untuk melahirkan anak dengan kecacatan?

Man and Pregnant Woman Using Laptop

Sebagai seorang ibu dengan anak yang cacat, adalah penting bagi anda untuk mengakui emosi anda. Terimalah dengan hati terbuka perasaan terkejut, penafian, kesedihan, dan juga kemarahan. Bawa berbincang dengan pasangan anda dan ahli keluarga yang lain. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk berjumpa dengan kaunselor. Juga, anda boleh menyertai kumpulan sokongan kerana berbual dengan seseorang yang telah melalui perkara yang sama pasti dapat membantu.

Belajar lebih lanjut mengenai masalah bayi anda dan komplikasi yang mungkin berkait dengan keadaan tersebut. Cuba belajar sebanyak yang mungkin dan berbincang dengan doktor anda tentang pilihan rawatan atau pun pembedahan. Pembedahan awal merupakan salah satu pilihan untuk merawat sesetengah kecacatan kehamilan.

Cuba lakukan perancangan yang baik daripada awal, iaitu dapatkan sekumpulan pakar bagi menilai keperluan bayi anda dan program rawatannya. Ianya termasuk sokongan pemakanan, teknologi bantuan (alat yang boleh membuat tugas harian lebih mudah bagi orang dengan kecacatan), terapi pekerjaan, terapi fizikal, terapi pertuturan, perkhidmatan nutrisi, dan perkhidmatan kerja sosial.

Terokai pilihan untuk membayar rawatan anak anda. Akan ada kos perubatan dan terapi tambahan bagi penjagaan bayi yang cacat. Pekerja sosial boleh membantu, termasuk organisasi tanpa keuntungan, yayasan peribadi, dan program negeri dan tempatan yang mengambil berat golongan kurang bernasib baik ini.

7. Sebarang nasihat akhir untuk ibu mengandung dengan kemungkinan kecacatan janin?

Man Holding Baby's Hand

Jumpalah doktor anda sekerap mungkin. Dengan berbincang dengan doktor dan pasukan yang akan mengurus bayi anda sebaik kelahiran adalah penting untuk memastikan kesudahan yang baik untuk kecacatan bayi yang mempunyai peluang yang cerah untuk pulih. Adalah sangat penting juga untuk memastikan kesihatan ibu sewaktu kehamilan dan jauhkan daripada sebarang komplikasi serius yang boleh meningkatkan risiko kepada bayi yang bermasalah tersebut.

 

Untuk membuat temujanji dengan mana-mana Pakar Kanak-Kanak di DEMC Specialist Hospital, sila layari laman web http://demc.com.my/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×