Sponsored Post

Air Selangor Meriahkan Aidilfitri Tiga Rumah Kebajikan. Sumbang Biaya Pembelajaran Dan Keperluan Asas

12
SHARES

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah memeriahkan sambutan Aidilfitri kanak-kanak di tiga buah rumah kebajikan melalui rumah terbuka Sesama Mara Raikan Raya yang bertempat di Sri Pentas Bandar Utama.

Rumah terbuka yang dianjurkan dengan kerjasama Media Prima Berhad ini melibatkan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Chow Kit, Rumah Amal Cahaya Bestari dan Rumah Nur Sakinah.

Ini antara pengisian yang dijalankan oleh Air Selangor dan Media Prima bagi meraikan ketiga-tiga buah rumah kebajikan tersebut.

Sumbang biaya pendidikan dan keperluan asas

Air Selangor telah menyumbang bantuan pembiayaan pendidikan dan keperluan asas kepada tiga rumah kebajikan tersebut sebagai usaha membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan mereka.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sesama Mara bagi membantu golongan kurang berkemampuan yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Box of Hope bantu penduduk PPR

Selain dari memeriahkan sambutan Aidilfitri, Air Selangor juga telah mengagihkan 522 kotak Box of Hopes yang mengandungi barangan makanan asas seperti beras, minyak, gula, barangan kering dan tepung kepada keluarga B40 yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Air Selangor juga telah memberikan bantuan pembaikan paip dalaman secara percuma untuk empat buah rumah kebajikan terpilih sempena Hari Raya.

Terus membantu meringankan beban

Air Selangor turut menyeru orang awam agar turut serta dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan melalui inisiatif Box of Hope dengan menyumbang barang keperluan asas di lima cawangan Village Grocer terpilih iaitu:

  • Pusat Membeli-Belah MyTown
  • 1Mont Kiara
  • Melawati Mall
  • i-City
  • Tamarind Square

Sumbangan melalui transaksi perbankan juga boleh dihulurkan melalui akaun CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 dengan catatan Bantuan Inisiatif Box of Hope.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif lain yang dijalankan oleh Sesama Mara, anda boleh layari laman sesawang Air Selangor di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×