Asuh

Adakah Anda Telah Memberikan Susu Yang Baik Untuk Tumbesaran & Perkembangan Anak Anda?

201
SHARES

Membekalkan nutrisi secukupnya buat anak-anak bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Biasalah kanak-kanak ni ada macam-macam ragamnya. Ada yang suka makan ikan, tapi tak suka makan sayur. Ada yang suka makan sayur tapi tak suka makan buah.

Haishhh, kadang pening juga kita. Ye la, sebagai ibu bapa mestilah kita nak yang terbaik buat mereka.

Namun begitu, ibu bapa tak perlu lagi bimbang sebab hanya dengan satu langkah mudah kita dah boleh bekalkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan mereka. Jom kami kongsikan!

Amalkan Pengambilan Susu 2 Gelas Sehari!

Tahukah anda, pengambilan susu 2 gelas sehari merupakan saranan Garis Panduan Diet Malaysia?

Ye betul, pengambilan susu 2 gelas sehari merupakan salah satu cara yang terbaik untuk kita bekalkan nutrisi yang secukupnya buat tubuh badan anak-anak kita. Hal ini kerana, susu secara semulajadi mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti Vitamin B2, Vitamin B12,  Kalsium dan Fosforus yang membantu mengalakkan pertumbuhan yang sihat

Namun begitu, kebanyakan susu yang dijual di kedai-kedai kini memiliki formula yang telah diperkukuhkan dengan vitamin dan mineral bagi tujuan yang berbeza. Justeru itu, penting untuk anda pilih susu yang mampu membekalkan sebanyak mungkin vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak anda untuk membantu tumbesaran dan perkembangan mereka.

Apabila mereka telah mendapat zat dan nutrisi yang mencukupi barulah, mereka boleh tumbuh besar dengan sihat dan gembira.

Susu Nespray Penuh Krim Mengandungi Pelbagai Kebaikan.

Padat dengan pelbagai nutrisi, susu NESPRAY Penuh Krim merupakan satu-satunya susu penuh krim dengan 15 vitamin dan mineral* seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Zat Besi dan banyak lagi bagi memenuhi keperluan tubuh kanak-kanak
yang bersekolah. 

*Perbandingan berdasarkan maklumat pemakanan Susu Lembu Penuh Krim daripada data Nielsen (Oktober 2020).

Penting untuk ibu bapa pantau keperluan tubuh anak-anak supaya potensi diri mereka dapat dipupuk sepenuhnya. Berikut ialah faedah pengambilan nutrien bermanfaat dalam susu NESPRAY Penuh Krim yang wajib anda tahu.

1. Mengekalkan sistem ketahanan tubuh kanak-kanak dengan baik

Seperti yang anda sedia maklum, pandemik Covid-19 telah mengajar kita mengenai kepentingan memiliki tubuh yang sihat dengan sistem ketahanan yang kuat bagi mengurangkan kemungkinan anak-anak kita jatuh kita dan mengelakkan jangkitan virus yang tidak diingini secara langsung.

Amalkan pemakanan seimbang dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti brokoli, keledek dan lobak merah. Makanan ini membekalkan nutrien utama seperti Vitamin A, Vitamin C dan Zat Besi yang memperkuatkan lagi sistem ketahanan tubuh kanak-kanak. Susu NESPRAY Penuh Krim juga mengandungi nutrien-nutrien penting ini.

2. Menyokong fungsi otak

Susu NESPRAY Penuh Krim mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk perkembangan otak seperti Asid Folik, Vitamin B dan Zat Besi. Apabila otak menerima zat dan nutrisi yang mencukupi sel-sel otak mempunyai lebih banyak tenaga dan dapat berfungsi dengan lebih baik. Ini membantu fokus dan tumpuan kanak-kanak ketika mempelajari sesuatu.

Walau bagaimanapun, penting untuk kanak-kanak amalkan diet pemakanan yang seimbang dan sihat untuk menyokong perkembangan tubuh dan minda mereka.

3. Membantu perkembangan tumbesaran tubuh.

Mengandungi kadar protein yang tinggi, susu NESPRAY Penuh Krim menyokong pertumbuhan sihat tubuh kanak-kanak. Protein merupakan asas kepada blok binaan tubuh badan dan ianya memainkan peranan penting dalam perkembangan fizikal dan mental.

Disamping itu, susu NESPRAY Penuh Krim juga mengandungi Kalsium dan Vitamin D yang penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Maka, tak hairanlah susu Nespray Penuh Krim jadi pilihan ramai ibu bapa.

Bila kanak-kanak mendapat kalsium, protein, vitamin dan mineral yang mencukupi barulah mereka boleh mencapai potensi penuh ketika melakukan apa yang mereka sukai seperti bermain, bersukan dan belajar.

Susu Nespray Penuh Krim Mudah Disediakan & Bebas Sukrosa!

Tidak mengandungi sukrosa, rasa susu Nespray Penuh Krim memang sangat berkrim. Sebab itulah ramai kanak-kanak menyukainya.

Tambahan pula, susu NESPRAY Penuh Krim mudah untuk disediakan. Kita hanya perlu bancuh menggunakan air suam dan tadaa… susu telah sedia untuk dinikmati oleh anak-anak kita. Tak ke mudah tu?

Bukan apa, musim-musim bekerja dari rumah ni, mana nak meeting, mengemas rumah, pantau PDPR anak-anak lagi, kadang tu masak pun ala kadar je sebab tak sempat. Jadi, bila ada susu NESPRAY Penuh Krim ni mudah, walaupun sibuk, anak-anak tetap dibekalkan dengan nutrisi yang mereka perlukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai susu NESPRAY Penuh Krim korang boleh klik di SINI

Pembelian secara atas talian pula boleh dilakukan melalui Shopee atau Lazada.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×