Asuh

“Ada Benjolan”- Doktor Kongsi Foto Pemeriksaan Gigi Kanak-Kanak Akibat Penderaan Seksual Oral

2
SHARES

Sebuah klinik pergigian di Brazil berkongsikan mengenai keadaan pesakit kanak-kanak berusia 5 tahun yang melakukan rawatan berikutan terdapatnya benjolan berdekatan gusi di kawasan lelangit mulut kanak-kanak tersebut. Doktor di situ mengingatkan ahli perubatan, para ibu bapa dan golongan yang bertanggungjawab ke atas anak-anak dalam perkongsiannya di Instagram mereka sebagai peringatan kepada semua pihak.

Penderaan seksual kanak-kanak ialah tindakan mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepuasan seksual seorang dewasa atau seseorang yang umurnya lebih tua daripada kanak-kanak tersebut.

KEADAAN RONGGA MULUT KANAK-KANAK PENDERAAN SEKS ORAL

Ia merupakan satu kes yang mengejutkan doktor di klinik itu sendiri kerana menurutnya setelah pemeriksaan klinikal dan fizikal dijalankan dengan mengumpul data-data penting, mereka mendapati kanak-kanak tersebut mengalami jangkitan STI (Sexually Transmissible Infection) oleh Human Papillomavirus (HPV) akibat gangguan atau penderaan seksual berbentuk seks oral yang kemudiannya disahihkan lagi dengan pemeriksaan terperinci.

Apa yang membawa kepada perhatian para doktor di situ lagi adalah kerana keadaan lelangit kanak-kanak tersebut yang keunguan akibat daripada seks oral tanpa rela terhadapnya dan kesnya telah disahkan sebagai penderaan seksual di mana pelakunya telah dikenal pasti selepas rawatan diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

Doktor klinik pergigian tersebut juga mengingatkan kepada para doktor lain agar membantu pesakit dengan kes yang serupa, merujuk mereka kepada psikologi dan membuat aduan kepada pihak berkuasa.

BAGAIMANA PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK BOLEH BERLAKU?

Berikut adalah beberapa cara penderaan seksual kanak-kanak boleh berlaku seperti yang dikongsikan oleh Pusat Kesedaran Wanita:

1. Bukan fizikal:

– Stimulasi lisan

– Panggilan telefon lucah

– Mendedahkan anggota bahagian sulit

– Voyerisme (mengintai)

– Menunjuk gambar atau filem lucah (pornografi)

2. Secara fizikal:

– Meraba bahagian sulit kanak-kanak

– Mengadakan hubungan seks di luar tabii atau cuba mengadakan seks di luar tabii

– Persetubuhan melalui faraj atau dubur atau cuba mengadakan persetubuhan

– Mengeksploitasi kanak-kanak melalui pelacuran dan/atau pornografi kanak-kanak

Membantu kanak-kanak selepas pendedahan:

Berikut ialah beberapa cadangan untuk membantu kanak-kanak yang telah didera secara seksual:

1. Layan kanak-kanak tersebut seperti seorang kanak-kanak.

2. Jangan harapkan kanak-kanak itu akan berubah. Masalah yang wujud sebelum pendedahan kerap kali akan berlanjutan.

3. Kanak-kanak ini harus berdamping dengan kanak-kanak yang lain. Galakkannya bermain bersama kanak-kanak lain. Penglibatan dalam kumpulan adalah penting.

4. Beritahu kanak-kanak tersebut bahawa dia tidak bersalah atas perkara yang berlaku. Ini akan membantu kanak-kanak tersebut membina keyakinan diri.

5. Dengan memberitahu kanak-kanak yang dia “tidak harus berasa bersalah” mungkin akan menambahkan lagi rasa tidak upaya kanak-kanak tersebut dan menghalang kanak-kanak tersebut daripada memberitahu tentang perasaan dan fikirannya. Ini dipanggil “Absolve-Complex”. Terima perasaan serba salah kanak-kanak tersebut. Ingatkan kanak-kanak tersebut yang dia tidak bersalah atas perkara yang berlaku. Ini adalah proses untuk membina semula keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Dalam proses ini orang yang dapat membantu seorang kanak-kanak akan membolehkan kanak-kanak itu memberi tumpuan dan mengubah perasaan serba salahnya

Sumber: waniardy , aribrasilodontolo , pusatkesedaranwanita

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×